Mulakan bisnes dari rumah dengan apa yang ada

Bagi orang yang tiada ilmu dalam bidang bisnes, pasti akan ikut cara bisnes lama. Buat loan, kemudian beli peralatan dan renovate kedai. Bila dah buka kedai,lepas 3 bulan bungkus.

Adalah satu kesilapan memulakan bisnes dengan membuat pinjaman dengan bank

Memang benar kalau nak buat bisnes kena ada modal. Tapi dengan modal yang besar, risiko pun besar.Korang terpaksa bayar harga yang mahal jika bisnes korang tak laku.

Bagi aku, modal yang ideal untuk memulakan bisnes adalah bawah RM2000…Kenapa?
Sebabnya supaya korang tidak terasa bila bisnes yang korang lakukan gagal.

#Mulakan dengan apa yang ada di tangan

Untuk berjaya dalam bisnes, korang kena buat kajian yang menyeluruh dengan bisnes yang dijalankan. Jangan main redah tanpa ada kajian. kajian penting untuk tahu apa yang pelanggan nak.

Tak tahu nak jual apa? Jangan risau, korang kena cari peluang. Korang kena kenal pasti apa masalah yang selalu dihadapi oleh orang ramai.

contohnya..

“Kebanyakkan orang di taman perumahan korang pergi kerja awal pagi. Tak sempat nak masak sarapan”

Peluang perniagaan disini dimana korang boleh tawar produk yang boleh mengenyangkan perut mereka setiap pagi.

Gunakan apa yang korang ada. Di dapur korang ada pekakas-pekakas yang boleh digunakan untuk membuat bisnes.

Bisnes makanan adalah satu bisnes yang sentiasa orang cari…yang penting adalah Masakan korang sedap.

kalau sedap, Insyaallah diorang akan order lagi.

#Jangan berhenti kerja terus. Lakukan secara part time dulu

Jangan tergesa-gesa untuk berhenti kerja. Lakukan bisnes secara part time dahulu. Masa hujung minggu di manfaatkan dengan aktiviti bisnes.

Sekurang-kurangnya keluarga korang tidak lah terkejut bila korang berhenti kerja.

Ya, aku tahu mula-mula berniaga, mesti ada perasaan malu. Perasaan malu tu akan hilang bila korang dah start berniaga. 
Bila dah ada jualan nanti, baru korang akan bersemangat nak buat bisnes.

#Buat bisnes kecil tapi untung besar

Untuk memulakan bisnes, biarlah start dari bisnes yang kecil. Ini kerana modalnya tidak besar. Tapi pulangannya besar.

Ini contoh bisnes kecil tapi untung besar…

  1.  Bisnes aiskrim. Jangan tak caya jual aiskrim boleh jana keuntungan sebanyak RM5K sebulan.
  2. Bisnes Fotografi. Jika korang ada hobi mengambil gamba, korang boleh tawarkan khidmat mengambil gambar foto perkahwinan.
  3. Bisnes Home Tuition. Boleh dilakukan di rumah pelanggan pada setiap hujung minggu.

#Gunakan strategi gandakan duit

Apabila mula berniaga, cabaran utama adalah modal.

PERKARA YANG PENTING dalam memulakan bisnes adalah JUALAN. Dapatkan jualan banyak-banyak.Belajar cara buat sale yang banyak. Dari situ korang boleh dapat untung.

Keuntungan ini digunakan untuk mengembangkan bisnes korang nanti…

Jangan buang masa buat benda yang tidak mendatangkan untung seperti perkara teknikal membuat blog atau website.

Leave a Comment