5 bisnes yang boleh dimulakan dengan apa yang ada di tangan

Kita sudah melangkah ke tahun 2020. Tahun 2020 sinonim dengan wawasan 2020 yang diasaskan oleh Tun M. Tetapi realitinya tidak sama seperti yang kita bayangkan dahulu.

Tiada kereta terbang, bangunan canggih dan lain-lain lagi. Tapi hakikatnya tahun 2020 adalah tahun yang mencabar buat kita.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kos sara hidup yang semakin tinggi.

Oleh itu, hendak tak nak, kita harus menambahkan pendapatan isi rumah. So apa yang boleh kita lakukan? Pada artikel ini, aku nak share kepada korang semua 5 bisnes yang boleh dimulakan dengan apa yang ada di tangan.

Sebab apa kena mulakan dengan apa yang ada di tangan? mudah jer. supaya tangan korang tidak terbakar. Maksud aku, jika bisnes korang gagal, korang tidak rugi teruk. Dan yang paling penting sekali korang tidak perlu menanggung hutang yang banyak.

kesan berhutang memang dasyat. Boleh putus saudara. Betul kan? Ok jom sambung.

# Bisnes makanan

Setiap rumah pasti ada dapur. Dapur tersebut adalah markas bisnes yang boleh korang gunakan untuk memulakan BISNES MAKANAN. Di dapur tersebut mempunyai pelbagai jenis tool bisnes makanan yang sedia ada seperti kuali, senduk, periuk, dapur gas dan lain-lain ini. Gunakan peralatan ini untuk bisnes korang.

# Menjadi Penulis

Jika korang mempunyai bakat menulis, korang boleh offer servis menulis kepada blogger-blogger yang memerlukan artikel untuk posting blog mereka. Korang juga boleh menulis di buku-buku, surat khabar dan portal online.

# Buat servis freelance mengikut kepakaran

Kenal pasti kepakaran korang. Korang boleh gunakan kepakaran korang untuk melakukan kerja freelance seperti membuat grafik design,website, drawing dan lain-lain. Selalunya orang mempunyai kepakaran dan masa yang terhad.

Tentu ramai yang ingin menawarkan kerja kepada korang disebabkan kekangan tersebut. Beri offer lebih kepada pelanggan supaya mereka puas hati dan membuat tempahan di kemudian hari.

# Bisnes Dropship

Jika korang berminat dengan produk fizikal, mulakan dengan dropship dahulu. Bisnes dropship amat mudah dilakukan. Sebabnya korang tidak perlu simpan stok. Tidak perlu mengepos barang. Semua dilakukan oleh dropshipper. Tugas korang, cari pelanggan dan dapatkan jualan.

# Jadi blogger

Ya jadi blogger. Dengan blog korang boleh buat duit. Kongsikan kepakaran korang di blog. Apabila blog korang berada di ranking teratas di enjin carian google, lagi mudah untuk korang mendapatkan pelanggan.

Memulakan bisnes tidak perlukan modal yang besar

Memang benar. Tak perlu keluar modal besar. Gunakan kemudahan sosial media untuk membuat hebahan produk dan perkhidmatan korang. Dunia perniagaan tidak seperti dahulu. Semuanya mudah. Hanya di hujung jari sahaja. Semoga korang memulakan bisnes sekarang juga!

Leave a Comment