3 Kesilapan apabila memulakan bisnes

Sebagai orang baru dalam dunia bisnes, kita tiada pengalaman yang banyak tentang selok belok dunia perniagaan…Disebabkan itu, kita sedar atau tidak sedar kita akan melakukan beberapa kesilapan yang membantutkan perkembangan perniagaan…

Bisnes yang bagus adalah bisnes dimana ia boleh beroperasi tanpa perlu kita di dalam bisnes tersebut….Jika kita tidak berada di tahap itu, kita masih lagi belum betul-betul berjaya dalam bisnes tersebut….

Pada entri ini aku listkan kesilapan yang selalu dilakukan apabila memulakan bisnes.

Kesilapan yang selalu dilakukan apabila memulakan bisnes

#01. Fokus kepada jualan sebanyak mungkin

Ramai yang kata kita perlu kuatkan branding untuk mendapatkan pelanggan… Memang betul perlu membuat branding tetapi jika korang baru bermula berniaga, perkara utama adalah JUALAN. Dapatkan jualan sebanyak mungkin.

Ini kerana dari jualan tersebut kita akan mendapat keuntungan.. Kekangan dari memulakan bisnes biasanya adalah disebabkan modal.

Keuntungan tersebut perlukan difokuskan dahulu untuk digunakan sebagai modal untuk perkembangan bisnes….

#02. ‘One Man show’

Semua benda kita nak buat sehingga kita penat. Maka kerja-kerja mengembangkan bisnes diabaikan. Setelah bertahun-tahun berbisnes, bisnes tidak berkembang.

Inilah puncanya bisnes startup gagal pada 3 tahun pertama berbisnes…

Seorang usahawan yang berjaya, dia tidak fokus kepada operasi syarikat semata-mata. Perkara yang penting adalah fokus kepada perkembangan syarikat supaya berkembang dengan jayanya…

Solusi kepada masalah ini adalah korang perlu mengagihkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja korang. Dengan cara ini, korang ada masa untuk mengembangkan bisnes korang.

#03. Jangan beli aset yang tidak perlu

Pernah tak lihat orang buka kedai, renovate cantik-cantik..tapi bila mula berniaga, lepas 3 bulan..kedai tutup…

Untuk memulakan bisnes, korang perlu buat marketing terlebih dahulu. Dapatkan sale banyak-banyak..Jika sudah tiba masanya baru buka kedai…

Itu pun setelah korang sudah ada ramai return customer….

Jika korang bermula bisnes dari rumah seperti bisnes bakeri, korang tidak perlu beli peralatan-peralatan besar seperti chiller, peti ais besar, mesin juruwang, rak simpanan kek dan lain-lain lagi.. Hanya cuma gunakan peralatan yang ada di dapur korang sahaja….

Leave a Comment