Inilah cara membuat duit dengan blog

Blogging adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan di internet.

Ada macam-macam cara untuk membuat duit dengan blog.Antaranya adalah dengan:-

  1. Pengiklanan
  2. Paid Review
  3. Program affiliate 

Sebelum tu aku nak clearkan mindset kita mengenai blog. Tujuan blog ini ada pelbagai.. Ingat ya ada orang blogging just for fun…ada yang nak sharing apa yang dia suka dan lain-lain lagi..
Alang-alang berblogging, biarlah dapat duit.Kalau tak rugi masa jer. Memang la kadang-kadang berblogging disebabkan minat. Tapi..tak salah pun sambil-sambil berblogging boleh dapat duit kan…..

Jika korang ada produk sendiri, korang boleh gunakan platform blogging sebagai cara untuk menarik pelanggan..

Macam mana tu?

Kongsikan segala aktiviti bisnes korang, testimoni tentang produk, segala info produk boleh dimuatkan dalam blog…secara tidak langsung, korang boleh naikkan ranking blog korang di engine carian google…

Senang la pelanggan cari produk korang.

#Pilih niche dahulu sebelum blogging.

Ini PENTING!

Tujuannya adalah:

1. Supaya korang boleh fokus kepada apa yang nak korang kongsikan. Kalau campur dengan yang lain, pengunjung blog akan bosan dan tidak fokus dan anggap blog korang blog rojak. Dah jadi macam portal berita..

2. Supaya mudah di indexkan pada ranking pertama pada enjin carian google.

Sebelum korang nak buat duit dengan blog ni, korang kena tentukan niche apa yang korang nak buat.

Sebagai contoh:-

1. Perniagaan, pendidikan, hobi dan lain-lain…

Dalam satu blog, boleh jer nak campurkan niche. 1 niche utama dan 1 lagi sub niche..

Contoh

  • Niche Utama:Perniagaan online, sub niche : pendidikan
  • Niche Utama: Makanan, sub niche: kesihatan

Bila dah dapat niche untuk blog, so korang kena buat reseach untuk keyword yang selalu orang cari..

2 cara bina blog yang ramai followers

  • Blogwalking- spend sedikit masa sehari untuk mengunjung blog-blog lain dan tinggalkan komen di blog tersebut.
  • Cara penulisan– pengunjung akan datang ke blog korang berulang kali jika gaya penulisan korang lain dari yang lain. Ada identiti tersendiri…diorang pasti akan ternanti-nanti post baru di blog korang. Untuk mendapatkan penulisan yang memikat, ianya adalah dari latihan. Perbanyakkan entri dalam blog korang. Selain itu, korang kena selalu ada ilmu tentang penulisan yang kreatif.

Leave a Comment