Memulakan bisnes dengan dropship

Bisnes dropship adalah salah satu bisnes yang mudah dan tidak perlu modal yang besar. Tugas kita hanya membuat promosi sahaja.

Berbeza dengan affiliates, korang perlu mempromosikan link affiliates, tapi dengan dropship, korang boleh berniaga seperti biasa. Bezanya segala urusan seperti membungkus barang dan pengeposan barang dilakukan oleh pihak dropshipper.

#Apa itu dropship?

Jadi, bagaimana program dropship ini beroperasi? Secara ringkasnya korang boleh lihat seperti rajah dibawah ini.

Reseller adalah kita sendiri. Kita akan melakukan promosi secara online melalui website, blog, media sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain lagi.

Jika kita sudah mempunyai pelanggan, Pelanggan akan membuat bayaran kepada kita pada harga produk tersebut termasuk kos pos.

Kemudian kita akan membayar kepada pihak dropshipper pada harga agen. Baki duit tersebut kita simpan sebagai keuntungan kita.

Pihak dropshipper akan menguruskan dan pos produk tersebut terus kepada pelanggan.

So dibawah ini turutan secara ringkas Bisnes Dropship secara online.

  1. Daftar jadi agen dropship
  2. Melakukan promosi secara online seperti di blog, website, facebook dan lain-lain lagi.
  3. Pelanggan membuat pembelian.
  4. Kita membuat tempahan kepada dropshipper.
  5. Droshipper akan bungkus dan pos tempahan
  6. Pelanggan akan terima tempahan tersebut.

Bagi aku, bisnes model seperti dropship ini amat sesuai sekali kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan di internet dengan modal yang rendah..
Tugas kita buat promosi jer. Mudah sangat-sangat.

#Cara mengira keuntungan dari dropship

Senang sahaja untuk memahami keuntungan daripada  dropship ini. Berikut aku nak terangkan cara mudah mengira keuntungan daripada BISNES DROPSHIP.

 Harga Agen dropship = RM40
Harga yang korang jual = RM80Kos Pos = RM10

Total pelanggan bayar = RM90.

Jumlah keuntungan  = Total pelanggan bayar – ( Harga agen dropship + Kos Pos )
                                  = RM90 – ( RM40 + RM10 )
                                  = RM40
Senangkan kiraannya..

sekarang cuba kita darabkan kepada 5 unit sehari ( jika jualan sehari 5 unit )

RM40 x 5 unit = RM200.

Jika korang konsisten menjual sebanyak 5 unit sehari, jualan sebulan adalah

RM200 x 30 hari ( sebulan ) = RM6000
RM6000 sebulan! Biar betul…Siapa nak bagi kan….

Sekarang, bayangkan jika keuntungan satu produk untung beratus-ratus. Agak-agak berapa pendapatan yang korang dapat sebulan…

Wow…lumayan kan…

Tak payah fikir pasal stok, bungkus barang dan pos…just buat promosi sahaja…..

#Sekarang, siapa yang sesuai menjadi agen dropship?

Tidak kira siapa korang..

  1. Suri rumah
  2. pekerja yang ingin menambah pendapatan
  3. penganggur
  4. baru nak mula berniaga tapi tak ada modal yang banyak.
  5. Pelajar
  6. dan lain -lain lagi…

Pokok pangkalnya adalah terpulang kepada korang sendiri..adakah korang nak tambah pendapatan atau tidak? Jika ya, bisnes dropship ini adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan korang…

#Kelebihan bisnes dropship

  • Boleh dilakukan secara part-time. Korang boleh start bila-bila sahaja. Tidak terikat dengan masa kerja korang. Untuk memulakan ‘Bisnes Dropship’, tak perlu berhenti kerja. Cuma lakukan secara part time disebabkan korang tak perlu urus stok, bungkus dan pos. 
  • Tiada modal / Modal yang kecil. Ada program dropship yang menawarkan pendaftaran percuma sahaja.Ada juga yang perlu membuat bayaran pendaftaran.
  • Tak payah simpan stok. Menguruskan stok memang memeningkan. Bila stok habis, kena restok balik. Ini memenatkan jika korang masih lagi bekerja.
  • Boleh dibuat dimana-mana sahaja seperti dirumah. daripada korang tiada buat apa-apa di rumah. Korang boleh buat promosi produk dropship.

#Cara membuat promosi produk dropship

Seperti yang aku terangkan diatas, korang boleh promote produk dropship.

Berikut adalah tempat yang sesuai untuk mempromosikan produk dropship korang.
1. Promosi di media sosial seperti facebook, instagram, twitters, blog atau website.

2. Promosi di marketplace seperti lazada atau shopee. Menjual produk di shopee adalah paling mudah kerana di situ ramai pengunjung yang memang nak beli produk. Tapi kena la ada ilmu menjual di shopee. Supaya boleh jana income berganda-ganda di shopee.
3. Promosi di group whatsApp, telegram, wechat dan lain-lain lagi.

Melakukan promosi perlu dibuat secara konsisten dan sepanjang masa supaya korang boleh dapat pelanggan.

Buat kempen pemasaran dan fokus kepada satu group pelanggan. Kenal pasti siapa pelanggan korang secara detail supaya mudah untuk menjual.

# Cara mencari program dropship.

Ada banyak syarikat yang menawarkan dropship..

tapi…macam mana nak pilih?

takut nanti kena tipu, dropshipper  bermasalah. Barang lambat hantar, salah hantar barang dan sebagainya..

macam mana nak elak?

1. Pastikan syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik. Korang boleh semak testimoni- testimoni daripada agen- agen dropship mereka.

Jika syarikat tersebut mendapat testimoni yang ok… maka memang sesuai untuk join program dropship mereka.

2. Keuntungan yang banyak. Maksudnya produk tersebut boleh dijual pada harga perpatutan dalam waktu yang sama korang boleh dapat untung yang lumayan..

Sebab apa aku cakap macam tu?

Melakukan promosi dan marketing adalah sesuatu yang memenatkan.

Nak dapatkan pelanggan sekarang ni memang susah sikit disebabkan terpaksa bersaing dengan orang lain..

Oleh itu, dapatkan produk yang untung lumayan supaya usaha korang berbaloi.Sekurang-kurangnya keuntungan satu unit produk dari RM10 dah keatas.

3. Mempunyai bahan marketing yang mencukupi. Bahan marketing seperti gambar perlu mencukupi… selain itu penerangan tentang produk mesti korang kuasai supaya mudah korang untuk menjual produk tersebut…

Kalau penerangan produk pun  korang tak clear..macam mana korang nak yakinkan pelanggan korang untuk beli produk yang korang promote. 

Leave a Comment