3 Idea bisnes di bulan Ramadhan Tahun 2021

Bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Selain menunaikan ibadat puasa, inilah masa untuk mencari duit lebih untuk Hari Raya nanti.

Image from therakyatpost.com

Namun, bisnes apa yang sesuai untuk bulan Ramadhan tahun 2021 nanti? Dalam artikel ini, aku kongsikan antara idea bisnes yang sesuai untuk dijalankan sepanjang bulan Ramadhan nanti.

1.Bisnes Air Balang. Air balang satu bisnes yang popular semasa bulan Ramadhan. Antara air yang laris adalah Air buah-buahan. Bisnes air balang modalnya rendah tapi untungnya lebih 10 kali ganda.

2.Bisnes Tudung. Bisnes ini adalah bisnes yang sentiasa ada pemintaan sepanjang tahun. Tapi permintaan akan berkali ganda bila tiba waktu perayaan seperti Hari Raya. Oleh itu, Bisnes tudung boleh dijalankan sepanjang bulan puasa nanti. Bagaimana nak mulakan. Mudah sahaja. Anda boleh beri borong dengan pemborong.

Ada juga boleh buat bisnes ini secara dropship. Ada peniagaan tudung yang menawarkan program dropship. Lebih mudah untuk korang untuk membuat promosi tanpa pening kepala urus proses pengeposan.

Tetapi kalau korang berminat untuk memulakan bisnes tudung korang sendiri, korang boleh upah tukang jahit untuk buat tudung ciptaan korang sendiri.

3.bisnes delivery makanan. Ya zaman sekarang, delivery makanan menjadi pilihan pembeli untuk mendapatkan juadah berbuka. Tak perlu bersusah payah nak redah trafik jam, bersesak dalam bazaar. Lagi pun ketika pendemik ini, kita perlu patuhi SOP. Sudah pasti berpusu di bazaar ramadhan bukan lah sesuatu yang menyenangkan .

Korang boleh gunakan kesempatan ini untuk memulakan bisnes dengan bisnes makanan delivery kepada pelanggan. Tak perlu modal tinggi. Boleh dilakukan di rumah sahaja.

Leave a Comment