Buat duit dengan youtube 2019

Sebelum ini, aku ada terangkan bagaimana cara untuk membuat dengan blog. Jika korang mempunyai bakat dalam menulis, blog adalah tempat yang sesuai untuk korang menulis.

Tapi jika korang mempunyai bakat dalam menghasilkan video content, youtube adalah tempatnya.

Salah satu cara buat duit secara online adalah dengan YOUTUBE. Tapi bagaimana caranya?

Pada artikel ini aku akan berkongsi dengan korang cara-cara buat duit dengan youtube.Jom kita kupas lebih mendalam.

Potensi buat duit dengan youtube

Youtube.com adalah laman pengkongsian video yang diupload oleh pengguna. Jumlah pelawat yang ramai mencecah berjuta orang membuatkan youtube tempat yang berpotensi untuk menjana pendapatan secara online.

Ditambah sekarang, capaian kelajuan internet telah dipertingkatkan. Oleh itu, ia memudahkan pelayar youtube untuk menonton pelbagai video di youtube.

Kini ramai yang nak jadi youtuber. Sebabnya, senang nak buat duit. Upload video, pastu bila ramai yang view, dapat duit.

Tapi ianya bukan seindah seperti yang diperkatakan. Ada syarat-syarat yang perlu korang buat untuk buat duit dengan youtube.

4 cara buat duit yang popular di youtube

4 cara buat duit dengan youtube

Ada 4 cara buat duit yang popular di youtube iaitu:-

[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#009105″ indent=”7″]

  • Iklan dari adsense
  • sponsorship
  • jual produk sendiri
  • affiliate

[/su_list]

Iklan dari adsense sponsorship jual produk sendiri affiliate

4 senarai diatas ini antara yang popular yang selalu aku nampak dari video-video yang dikongsikan di youtube.

1.Iklan dari adsense

Diantara keempat-empat tersebut, aku rasakan iklan dari adsense adalah yang paling mudah buat duit di youtube. Setiap kali pengunjung menonton video korang, akan ada iklan akan keluar dari video tersebut.

Sama ada full view atau korang boleh skip video tersebut.Jika korang menonton iklan tersebut sehingga habis, pemilik video tersebut akan mendapatkan wang dari situ.

Ada syarat yang dikenakan untuk mengaktifkan adsense di youtube. Syaratnya adalah korang kena dapatkan minimum 1000 orang subcriber channel korang dan jumlah tontonan 4000 jam dalam tempoh setahun.

Proses-proses untuk menjana pendapatan dari adsense di youtube

  1. Daftar akaun emel di google atau gmail. Ini penting dan tidak boleh buka akaun selain gmail. Sebabnya selepas korang daftar emel gmail, korang akan mendaftar akaun adsense. Untuk mendaftar adsense, korang perlu ada akaun gmail sahaja.
  2. setup akaun channel di youtube
  3. start upload video di channel youtube. Untuk permulaan, korang boleh upload sekurang-kurang 5 video. Pastikan konten video tersebut bagus untuk korang dapatkan 1000 subcriber dan jumlah tontonan selama 1000 jam dalam tempoh setahun.
  4. daftar akaun google adsense. terima surat dari google. Korang akan dapat 6 digit no pin. Gunakan no pin tersebut untuk varify akaun adsense korang. Tujuan google hantar surat tersebut untuk pastikan korang adalah orang yang betul dan untuk pastikan alamat tersebut wujud.
  5. iklan akan start dipapar pada video korang dan start untuk menjana pendapatan.
  6. dapat payment pertama dari google adsense.

2. Sponsorship / product placement

Product Placement atau sponsorship ini adalah salah satu cara buat duit dari youtube. Macam mana tu? Selalunya company akan sponsor para youtuber untuk membuat video mengenai produk mereka.

Korang kenal tak youtuber famous seperti Kokom, Syahmi Sazli dan lain-lain lagi. Mereka ini menjana pendapatan dengan membuat product placement marketing untuk produk-produk dari company yang membayar mereka.

3. Promote produk sendiri

Ya, korang boleh promote produk korang sendiri di youtube. Dengan jumlah viewer yang ramai berkunjung ke video korang, peluang untuk mereka bertukar kepada pelanggan adalah cerah.

Video tersebut boleh meyakinkan mereka untuk membeli produk korang.

Contohnya jika korang berniaga produk makanan…

  • Korang boleh masukkan video testimoni pelanggan korang
  • Boleh buat produk demo
  • Boleh promosi secara live untuk produk korang.
  • Boleh dapatkan agen untuk memasarkan produk korang.
  • Dan lain-lain lagi..

Segala aktiviti perniagaan korang boleh update di youtube channel korang….

4. Affiliate

Sama jer dengan buat duit dengan affiliate di blog, korang boleh promote link affiliate di ruangan description video korang. Korang boleh buat produk review dan letakkan link dibawah video korang. 

Contoh senarai link affiliates produk review

Korang boleh buat review produk-produk sama ada produk fizikal atau digital yang ada di pasaran. Keuntungan dijana apabila ada orang membeli dari link affiliate tersebut.

Leave a Comment