Cara nak mulakan bisnes fotografi dengan pantas dan mudah

Korang ada camera dan minat untuk ambil gambar? Apa kata gunakan bakat korang itu dengan menjana pendapatan sampingan dalam bidang fotografi. Ketahui bahawa korang boleh menjana pendapatan antara RM1000 ke RM3000 sebulan dengan camera korang.

Kenapa perlu Bisnes Fotografi?

Fotografi adalah salah satu hobi yang menguntungkan. Tak percaya? Dengan memiliki kamera dslr dan ilmu marketing yang betul, korang boleh dapat sekurang-kurangnya 2 job fotografi perkahwinan dalam masa 1 bulan.

Untuk satu job fotografi, cas bayaran adalah RM1500.So untuk 2 majlis perkahwinan, bayaran adalah sebanyak RM3000. Setelah ditolak dengan kos cetak custom album, cetak gambar dan sebagainya, korang boleh mendapat keuntungan sebanyak RM2000.

Jika korang pandai mengambil gambar yang cantik dan menawarkan pakej yang menarik, senang-senang pelanggan korang membayar korang sampai harga RM4000 untuk abadikan kenangan majlis perkahwinan mereka.

Pasaran jurufoto perkawinan adalah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun ramai yang memceburi bidang ini, namun kebanyakkan mereka adalah jurufoto bidang terjun. Maksud aku, mereka ini adalah golongan hobbyist sahaja. Standard gambar yang dihasilkan tidak setanding dengan jurufoto profesional.

Harga standard fotografi di Malaysia

Berikut adalah cas harga standard fotografi yang ditawarkan di Malaysia.

  • Majlis bertunang – RM600 – RM1,000
  • Majlis perkahwinan (basic) – RM800 – 1,200
  • Majlis perkahwinan (standard) – RM1,500 – RM2,500
  • Majlis perkahwinan (vip) – RM3,500 – RM7,000
  • Sambutan Hari Jadi (basic) – RM600
  • Sambutan Hari Jadi (standard) – RM1,200
  • Gambar potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
  • Produk (per item) – RM100 – RM300
  • Produk (full set) – RM1,000 – RM 5,000
  • Majlis-majlis (half-day) – RM400
  • Majlis-majlis (full-day) – RM800
  • Graduasi pelajar kolej/Universiti (per student) – RM150 – RM300
  • Graduasi Kanak-kanak tabika (per student) – RM50 – RM80
  • Gambar staff (per staff) – RM50 – RM100

Keuntungan besar dan kos yang murah. 

Contoh: Majlis konvokesyen

Harga untuk 1 student adalah RM200. Untuk pakej ini termasuk gambar 8R dan frame+glass.

Jika untuk majlis konvokesyen tersebut, korang dapat student seramai 1000 orang, korang akan mendapat jualan sebanyak RM200,000. Setelah ditolak dengan kos frame, kos peralatan camera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing, korang boleh untung lebih kurang RM50, 000. Lumayan bukan?

Ya, memang diakui “Bisnes Fotografi” ini menguntungkan. Namun jika tiada ilmu, memang tak akan menjadi. Korang akan jadi jurufoto yang biasa-biasa sahaja. Tetapi, kalau korang berilmu dan membuat tindakan yang betul, siapa tahu, suatu hari nanti korang akan menjadi jurufoto yang terkenal di Malaysia dan di antarabangsa.

Untuk memulakan bisnes fotografi dengan pantas dan murah, aku cadangkan kepada korang ebook Panduan memulakan bisnes fotografi.

Ebook ini ,bagi aku amat berbaloi untuk dimiliki. Sebabnya, ianya dihasilkan oleh orang yang profesional dan telah lama berada di dalam bidang tersebut. Segala asam garam mengenai dunia fotografi ini

Apa yang korang belajar dengan ebook Panduan memulakan bisnes photografi?

Korang akan diajar cara yang betul untuk memulakan bisnes fotografi dengan pantas dan mudah. Berikut adalah antara yang korang belajar dari ebook tersebut

1. Motivasi yang betul sebagai jurufoto profesional. Tanpa motivasi ini, korang akan tersekat setengah jalan.

2. Peralatan yang perlu korang ada sebelum memulakan bisnes fotografi. Korang akan di dedahkan dengan cara mendapatkan camera pada baget yang minima dan di bongkarkan cara untuk mendapatkan peralatan tersebut pada harga 30%-50% daripada harga pasaran.

3. Tak tahu nak ambil gambar. Mudah sahaja. Korang akan diajar bagaimana untuk belajar tentang ilmu fotografi tanpa perlu keluar duit sesen pun. Tak perlu pergi bengkel atau seminar fotografi. Korang boleh belajar dengan percuma dan cepat.

4. Korang akan didedahkan dengan kemahiran lain yang perlu untuk bisnes fotografi. Ilmu kemahiran tersebut akan memudahkan korang untuk mengiklankan bisnes korang dan juga boleh membina kredibiliti korang dalam bisnes tersebut.

5. Kepentingan portfolio. Tanpa portfolio, BISNES FOTOGRAFI korang gagal berkembang.Korang akan ditunjukkan bagaimana membuat portfolio yang ringkas dan berkesan serta menguntungkan.

6. Rahsia sebenar bagaimana untuk menjadi jurufoto profesional. Ilmu ni mahal. Hanya otai sahaja yang tahu. Jika korang ingin mengembangkan bisnes fotografi korang perlu tahu cara untuk mengembang bisnes korang sehingga taraf profesional. Lagi mudah untuk korang dapat job fotografi.

7. Last sekali, korang akan tahu bagaimana cara untuk menjadi terkenal dalam bidang industri fotografi. Panduan ini berguna kepada jurufoto yang ingin mengembangkan kerjaya dan mencipta nama dalam bisnes fotografi.

8. Ops! lagi satu, nak beritahu, korang juga akan belajar macam mana nak letakkan harga untuk pakej fotografi perkahwinan dan lain-lain. 

Jadi bertindaklah sekarang. Lepas baca ebook tersebut, korang dah boleh mulakan bisnes fotografi.Mana tahu minggu depan, korang dah boleh mendapat job untuk majlis perkahwinan. Apa lagi, dapatkan ebook Panduan memulakan bisnes fotografi sekarang juga!


Sharing is caring!

Leave a Comment

shares
error: Content is protected !!