Cabaran bisnes homestay

Bila nak bercuti, perkara yang pertama dilakukan menentukan lokasi dan tempat penginapan. Sekarang ni, aku dah berkeluarga dan ahli keluarga bertambah. So aku terpaksa mencari tempat penginapan yang sesuai dengan saiz keluarga aku dan juga baget yang aku ada.
 
Jika aku pilih hotel, aku kena berbelanja lebih sedikit tetapi aku juga kena fikir saiz bilik yang nak di tempah. Ya lah, sekarang ahli keluarga aku dah ada 5 orang. Jika bercuti bersama dengan parent, sudah tentu kena tempah lebih satu bilik. So homestay adalah satu penyelesaian untuk aku sekeluarga menginap.

 

Di atas adalah situasi sebenar kepada mereka yang berkeluarga besar bila bercuti. Homestay adalah pilihan untuk menginap. Selain besar dan selesa, homestay juga jadi pilihan apabila tiba-tiba ada majlis kenduri diadakan. Selalunya keluarga pengantin akan menyediakan homestay untuk famili menantu untuk menginap.

 
Inilah potensi yang ada untuk bisnes homestay. Bila musim kenduri dan cuti, pemintaan sentiasa ada di sepanjang tahun. Namun banyak cabaran-cabaran yang dihadapai untuk membina bisnes homestay yang sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

 

Antara cabaran-cabaran yang akan ditempuhi dalam “bisnes homestay” antaranya adalah:-

1. Kekurangan pelanggan yang menginap.Ini disebabnya tiada kempen marketing. So jumlah orang yang booking untuk homestay adalah kurang.

2.Lokasi homestay yang tidak strategi. Lokasi adalah antara faktor yang sangat penting untuk mendapatkan pelanggan yang ramai. Antara lokasi strategi adalah di kawasan perlancongan. Di sini, ramai yang akan memilih homestay yang dekat dengan tempat mereka ingin tuju.

3. Pertindihan booking. Ya. kadang-kadang ada customer yang telah booking awal pada satu tarikh.Korang dah terima bayaran dari customer tersebut. Tapi tiba-tiba ada customer lain buat bayaran untuk tempahan pada hari yang sama. Berlaku pertindihan. Customer yang baru buat bayaran pulak nak tempahan untuk beberapa hari. Korang pasti dalam delima sebab terpaksa cancel booking untuk customer sebelumnya takut rugi disebabkan customer yang baru buat bayaran untuk beberapa hari. Disini, korang tiada sistem yang boleh terima tempahan.

4. Pelanggan homestay dari neraka. Korang akan mendapat pelbagai jenis pelanggan. Jika pelanggan tersebut jenis yang ok, Alhamdullillah korang bernasib baik. Namun jika pelanggan korang adalah sebaliknya, nah lihatlah apa akibatnya. Homestay korang akan jadi seperti neraka. Habis semua peralatan dalam rumah tersebut bersepah, penuh dengan sampah dan lain-lain lagi. Amat malang lagi jika korang ditipu oleh customer. Diorang menginap pada jangka waktu yang lama tapi dia cabut tanpa membuat bayaran penuh.

Bagaimana menarik pelanggan datang ke homestay kita?
 
Korang perlu membuat promosi secara berterusan supaya pelanggan korang akan sentiasa menginap di homestay korang. Gunakan platform media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Selain itu, korang perlu ada blog atau web supaya pelanggan korang boleh melihat keadaan dan kemudahan yang di tawarkan kepada mereka serta membuat booking. Kempen marketing perlu dilakukan supaya pelanggan tahu kewujudan homestay korang.
 
Proses membina bisnes homestay gaya jutawan

 

Jadi jutawan homestay? Boleh ker. Memang boleh dan tidak mustahil jika korang mempunyai ilmu yang betul. 

untuk menjadi jutawan homestay, korang perlukan langkah-langkah seperti berikut:-

1. Memilih kawasan-kawasan yang betul-betul HOT. Salah memilih tempat, homestay korang akan sunyi. Korang akan rugi dan tidak dapat memaksimakan keuntungan.

2. Menyediakan homestay. Korang perlu sediakan kemudahan untuk homestay korang. Korang kena tentukan Tema homestay korang supaya ianya berkonsep dan mampu menarik pelanggan menginap. Dah siap nanti korang boleh ambil gambar untuk tujuan promosi.

Selain itu, korang perlu sediakan document tertentu supaya bisnes homestay korang terurus dengan teratur. Dan tidak lupa, korang kena tetapkan harga homestay korang. Sila beri harga, pelanggan akan lari mencari homestay lain.

3. Melakukan kempen pemasaran. Ini aku dah terangkan tadi diatas bagaimana cara untuk menarik pelanggan ke homestay kita.

4. Menyambut tetamu Check-in. Dari cara serahan kunci, menentukan deposit dan waktu check-in. Semuanya korang perlu tetapkan SOP yang betul.

5. Selepas tetamu check-out. Homestay perlu diselenggara. Jika ada kerosakan,  perlu diperbaiki supaya tidak menerima review yang negatif daripada pelanggan.

6. Mengembangkan homestay. Jika bisnes homestay dapat diuruskan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan, inilah masa untuk mengembangkan bisnes homestay korang dengan menambah cawangan. Jika korang ada banyak homestay, secara tidak langsung pendapatan korang akan bertambah dan pastinya korang boleh jadi JUTAWAN HOMESTAY.

Semua diatas ini perlu korang lakukan untuk menjadi jutawan homestay. Namun untuk menjadi jutawan homestay, lagi baik jika korang belajar daripada orang yang betul-betul jutawan. Supaya tidak rugi. Aku suggest korang dapatkan ebook “Panduan Urus Bisnes Homestay Gaya Jutawan“.

Ada apa dengan ebook ini? Semua ilmu tentang pengurusan homestay akan diterangkan secara terperinci. Langkah demi langkah. Korang hanya perlu ikut sahaja apa yang diterangkan. Insyaallah korang boleh jadi jutawan homestay suatu hari nanti.

Sharing is caring!

Leave a Comment

shares
error: Content is protected !!