RSS
 

Warna pink untuk wanita sahaja ke?

08 Jan

Bila menyentuh mengenai cinta, warna pink ini menjadi kegemaran kerana warnanya lembut dan comel.Kekasih aku pun suka warna pink huhu.Kalau kita tengok ramai lah terutamanya orang perempuan ni suka sangat warna pink. Kenapa ya? Pasti ada sebabnya. Aku pernah lihat kereta mini berwarna pink pemiliknya perempuan.Luar dalam kereta tersebut berwarna pink.Cuma kulitnya sahaja tidak pink.

Kalaulah lelaki memakai barang warna pink pasti yang terlintas di kepala laki itu bersifat feminin, lembut,aow gitu dan sebagainya.Buruk sangat ke.Kalau dilhatkan kadang-kadang cantik juga kalau kena dengan gayanya.

Kepada insan yang bercinta, nasihat aku berilah kekasih anda hadiah berwarna pink.Pasti dia suka.Kalau dia jenis yang tidak suka warna pink, dia terima jugak sebab korang kekasih dia hehe.

Persoalannya adakah aku suka warna pink dan satu lagi apa bendanya yang selalu aku pakai aku akan pilih warna pink? Hehe suspen-suspen.Mana taknya lelaki kasar macam aku ni mana mungkin suka warna pink.Aku ada ke ek? Ehem ehem masih tak mengaku lagi.Okey la aku beritahu.Sebenarnya aku ada satu barang yang selalu aku beli ianya berwarna pink.Barang itu adalah berus gigi.Hehe kenapa aku pilih warna pink?

Sebenarnya warna pink ini boleh diserasikan dengan semua orang mengikut keperluan mereka.Kalau malu memakai warna pink di khalayak ramai, gunakan di tempat yang peribadi seperti aku.

Tidak salahnya memakai barang yang berwarna pink kalau kena pada tempatnya.Jangan la sampai memakai barang pink, anda dimalukan.Sedih wooo..

  • Share/Bookmark
 
 

Leave a Reply