Pada tahun ini, umur aku adalah 26 tahun.Aku rasakan masa telah pantas berlalu sehinggakan aku yang terperup di perdalaman ini (sekarang berada di Jabor,+-setengah jam dari Kuantan) terkial-kial mengejar masa.Bangun awal pagi, pukul 7 sudah terpacak di Kilang.Balik rumah lewat petang sudah menjadi kebiasaan.
Pada ketika ini ramai kawan-kawan seorang demi seorang akan mendirikan rumah tangga tetapi aku baru sahaja hendak membina tapak.Duduk jauh di pendalaman hikmahnya adalah boleh simpan duit lebih sedikit lebih-lebih duduk bujang.Tetapi kekurangannya macam tiada ‘life’ je.Tetapi untuk menghidupkan kehidupan harian aku supaya tidak membosankan, setiap malam, aku akan meluangkan sedikit masa untuk melayari internet(geram sebab internet slow gile), membaca buku dan tidur la.
Kesabaran itu penting bagi aku walaupun kadang-kadang aku berasa tidak yakin dengan kemampuan aku.Kesedaran aku bermula dari minda aku.Oleh kerana terlalu banyak memikirkan keburukan menjadikan diri aku tidak fokus.Apa yang sebenarnya mahukan dalam hidup? Sejelasnya kita perlu menetapkan matlamat kita.Dari situ kita barulah berusaha kepadanya.
Untuk berjaya, bukannya mengambil masa satu atau dua hari sahaja.kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun.Walaupun hidup ini adalah sementara, alangkah baiknya kita membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup kita.Di sini, aku lihat pelbagai jenis orang,pelbagai ragam dan cara berfikir.
Apa yang aku dapat katakan, setiap orang mempunyai persepsi masing-masing.Tahap penerimaan dan kefahaman yang dibawa dipengaruhi oleh keadaan background masing-masing.Disini aku sedar, setiap manusia mempunyai kelebihan dan juga kelemahan.Apa yang penting,
Berbalik kepada 26 tahun ini, aku masih lagi belajar.Bukan belajar untuk lulus peperiksaan tetapi belajar untuk bekerja.Komunikasi adalah penting sekali supaya apa yang kita nak sampaikan orang akan faham. “ kalau diam,orang kata kita sombong.Kalau kita banyak cakap,orang pandang kita serong”-Orang tidak bernama.


syg
February 6, 2010 at 6:26 pm
dah tau bosan, x nak pulak msg kite kan3..
shikin
February 8, 2010 at 12:43 am
x sagka ko da 26 thun hehehe…
Faizul@Ajoi
February 10, 2010 at 5:45 am
Ekin:Umur aku skg 25thn..bulan 5 nnti baru 26 huhu
Sygku:bukan xnak msg tetapi bz la..
syg
February 11, 2010 at 3:20 am
ye la..ye la..asyik bz, bz n bz je..
anyway, i’ve a good news 4 u!!!
huhu..
Faizul@Ajoi
February 11, 2010 at 6:40 am
Ape dia ek
syg
February 11, 2010 at 6:43 am
dlm proses utk jadi researcher kpd CIDB (construction industry development board).huhu