Bulan ini genap setahun aku dengan blog mohdfaizul dot com ini.Aku masih ingat sebelum aku buat blog ini, hati aku kuat hendak membina sebuah website.Dari situ aku belajar untuk website dengan tanya orang, pak cik google.Bermula dengan dreamweaver,domain free dot co.cc, akhirnya aku berjaya juga memiliki website sendiri.
Pada mulanya, blog ini adalah untuk menulis apa yang ada dalam kepala otak aku ni disamping membuat duit melalui blog.Lama kelamaan aku rasa semuanya bukan kerana duit.Bak kata orang yang berjaya,kena ada ilmu dulu.Maka aku telah menghijrahkan diri,untuk mencari duit itu memerlukan ilmu.Kerana dengan ilmu tersebut barulah duit itu datang kemudiannya.Korang percaya ke tak? Hehe orang yang gagal akan menidakkannya manakala orang yang berjaya semakin hari semakin tinggi ilmunya, semakin berkepok duitnya.
Susah sangat ke untuk membuat duit.Aku pernah membeli buku mengenai “jutawan senyap”.Secara tidak sengaja, aku tersedar untuk mendapat angka sejuta itu tidak semestinya mempunyai Ijazah semata-mata.Tetapi tahu bagaimana untuk membuat duit.Dulu aku lihat lekeh sahaja orang yang berjualan di tepi jalan.Ya lah jual pisang goreng, dalam satu hari dapat berapalah sangat? Kalau satu stall dapat RM100 bersih,selepas itu ada stall 10 buah.Buta-buta satu hari dapat RM1000.Itu pendapatan satu hari.Kalau 1minggu, sebulan, setahun dan seterusnya.Jadi jutawan senyap la nampaknya.Tetapi, kita menganggap orang yang masuk Universiti itu bagus.Padahal habis belajar, kena bayar balik pijaman(beribu-ribu tu,entah bila nak settle) Lepas tu susah sangat nak dapat kerja sebab tak ada pengalaman.Aku merasainya pada tahun lepas.Berbulan-bulan aku tidak mempunyai kerja yang match dengan kelayakan aku.
Apa pun kebanyakkan orang kaya itu, mereka bermula dengan menyimpan dan berniaga sendiri.Langkah pertama aku sekarang adalah dengan menyimpan.Insyaallah, untuk tahun seterusnya aku akan baiki taraf hidup aku.hari ini,aku akan lakukan sesuatu sebagai asas untuk aku berjaya pada masa hadapan.
Blog ini sudah berubah.Bukan kerana duit tetapi ianya mencerminkan diri aku.Apa yang terhasil dari blog ini mengambarkan diri aku.Blog aku, minda aku.Blog aku, nukilan aku.


syg
January 7, 2010 at 6:41 pm
keep it up dear!!!i know u can!!!
admin
January 8, 2010 at 7:23 am
Yes I know that I can!!!!