RSS
 

Tahun baru, tahun 2010

23 Dec

Beberapa hari lagi, kita melangkah ke tahun 2010.Pejam celik kita berada di penghujung tahun.melihat apa yang aku capai pada tahun 2009,tahun 2009 adalah tahun aku mula menapak di dunia pekerjaan.Selepas aku graduate pada hujung tahun 2008, aku melangkah ke alam pekerjaan.Bermacam-macam interview aku hadir tetapi kerja tidak pernah lekat.Okey cukup untuk itu, barang yang lepas buat apa hendak diingatkan kembali.Biarlah ianya menjadi kenangan.

Memasuki tahun baru, kena buka buku baru, diari baru.Diari pun aku masih belum beli hehe.Apa pun kena ada juga buku diari bukannya apa untuk manguruskan diri.Aku bukan menulis diari untuk meluahkan perasaan dan juga emosi.Ada cara untuk meluahkannya daripada mencatatnya didalam diari.Kalaulah diari itu jatuh kepada orang yang ada kena mengena dengan apa yang kita tulis tak ke nanya.Paling kurang pun bermasam muka tak pun boleh efek berhari-hari, berminggu-minggu dan seterusnya.

Bila berkata tentang tahun baru, pastinya kita akan berkata mengenai tentang azam baru.Itulah yang diperkatakan setiap kita memasuki ke tahun baru.Kadang-kadang aku terfikir,kenapa masa tahun baru sahaja kita berazam.Tidakkan kita boleh berazam apabila kita hendak mengubah hidup kita.Di sini aku hendak bertanyak kepada anda, apakah bezanya antara azam dan matlamat.Apa kata pada tahun baru ini kita setkan matlamat kita untuk tahun-tahun yang mendapat, apa yang hendak kita capai dalam hidup kita.Bukankah ianya lebih bagus dari menetapkan azam yang tiada tindakan.Apabila kita set matlamat kita.Tidak kira dalam masa 1 tahun,5 tahun, 10 tahun,tidak kira apa pun yang kita impikan.Setkan matlamat kita kemudian kita berusaha kearah itu dengan perancangan yang betul-betul.

Kadang-kadang kita tidak mengendahkan perancangan kita untuk masa depan.Ya la kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan.Sebab kita tidak tahu tentang masa hadapan la kita patut merancang.Kalaulah perkara yang kita rancang itu, 60% berjaya.Alangkah bahagianya kita Cuma perlu fokus untuk bekerja untuk menjayakan 40% lagi.

Apa pun setiap orang mempunyai cara masing-masing.Setiap orang mempunyai tahap keyakinan masing-masing.Bagi aku, aku suka plan.Tak kisah aku dapat apa yang aku hendak atau tidak yang penting hasilnya.Kalau sedikit, bersyukurlah, kalau lebih Alhamdulillah.

  • Share/Bookmark
 
3 Comments

Posted in Aku

 

Leave a Reply

 
 
  1. syg

    December 23, 2009 at 11:22 am

    planning thun 2010 ——>tunang..:)

     
  2. bina badan

    January 2, 2010 at 8:20 am

    tahun baru di kuala terengganu…..remaja muncul dengan fesyen menjolok mata…..rosak dah terengganu skang,,mcm kl plak….pakat sambut tahun baru pakai seluar pendek ngan singlet…perasan mat saleh tul…

     
  3. admin

    January 2, 2010 at 6:25 pm

    Sekarang mana-mana tempat pun sudah berubah.Cara pemikiran pun sudah tidak seperti dulu lagi.Perasaan malu sudah semakin terhakis..sayangnya kalau mukanya cantik tapi moralnya zero.Zaman remaja adalah zaman ikut-ikutan untuk mencari identiti sendiri.Pengaruh kawan itu membuatkan kita hanyut jika tidak dapat beza antara baik atau buruk