Jika anda bekerja, berapakah jumlah yang anda peruntukkan untuk gaji anda? Adakah anda membelanja semua keuntungan anda? Sebagai peniaga, anda seharusnya menggajikan diri anda dengan dengan satu jumlah yang tetap.Pada bulan-bulan awal anda berniaga, anda harus menggajikan diri anda dengan jumlah yang sesuai dengan target jumlah keuntungan anda.Sebagai contohnya, pada awal perniagaan anda, anda menggajikan diri anda sebanyak RM1500 sebulan.Selebihnya keuntungan anda itu disimpan di dalam bank.
Posts Tagged ‘Perniagaan’
Perniagaan bermusim
Kalau anda perasan setiap kali ada suatu perniagaan yang sedang meletup maka ramai yang ingin menceburi perniagaan tersebut .Kalau pada suatu masa kecoh pasal arnab, ramai yang berpusu-pusu ke bank membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan.Maka ramaila yang menceburi perniagaan arnab.Perniagaan pada mulanya membawa keuntungan tetapi pelbagai masalah timbul.Harga dedak meningkat mendadak,maka natijahnya kepada modal yang tinggi dan untung yang menipis. Read the rest of this entry »
Cara menjadi pesara Jutawan

Pada entri ini saya ingin menerangkan bagaimana hendak menjadi pesara jutawan.Ingat ini bukan skim cepat kaya.Cara ini adalah mengenai kaedah menyimpan dalam bank dengan interest yang ditetapkan.
Sistem yang diperkenalkan oleh barat memberi impak kepada perbankan konvensional.Mereka memperkenalkan interest atau faedah kepada pelanggan.Melalui system tersebut,kita boleh memanipulasikan untuk membuat pelaburan dan juga simpanan.Pada entri ini saya ingin menunjukkan kira-kira yang boleh menjadikan anda jutawan melalui simpanan duit kita dalam bank atau pun jenis pelaburan yang lain.Konsepnya adalah sama.Sebagai contoh saya mengambil ASB dengan jumlah dividen purata setahun sebanyak 10%.
Relevankah perniagaan internet anda?

Ramai yang mengatakan perniagaan internet adalah sesuatu yang amat menguntungkan.Kepada yang Berjaya mereka akan berkata ya manakala yang gagal pasti sebaliknya.Jika dilihat terdapat tiga model perniagaan internet yang sebenar iaitu menjual produk-produk fizikal dan digital.Kedua adalah dengan affiliate program dimana kita mempromosikan produk-produk orang lain dan mendapat komisyen dari jualan tersebut.Dan yang ketiga adalah melalui laman website/blog. Menjual produk-produk fizikal selalunya laman web seperti ebay dan amazon menjadi pilihan manakala web tempatan seperti mudah.my dan lelong.com.my. Bagi yang tiada produk-produk fizikal mereka boleh memilih mempromosi produk-produk digital seperti ebook melalui program affiliate dengan mempromosi dengan pelbagai cara seperti membina squeeze page, mengumpul email,laman social,melalui youtube dan sebagainya.
Wang kertas ibarat kupon?

-Gambar hiasan semata-mata-
Duit,duit,duit…
menyingkap sejarah wang kertas ini, secara ringkasnya duit disandarkan dengan nilai emas,wang kertas ini tidak lagi disandarkan dengan emas apabila Perancis mula menuntut emas daripada US, maka mereka menjadi takut jikalau negara-negara lain akan mengikut jejak yang sama.oleh kerana US mengeluarkan USD terlalu banyak maka pada tahun 1971,US tidak menyandarkan USD dengan emas .Dut ini dikenali sebagai fiat money dimana semua negara mempunyai duit sendiri disandarkan pada nilai USD.So pengeluaran duit ini dikawal oleh bank Negara masing-masing seperti duit-duit yang ada dalam duit korang.Ada orang kata bank negara boleh cetak duit ni banyak-banyak tapi kalau keluaran duit ni banyak sangat tak terkawal maka nilainya akan kurang.Sebagai contoh USD tiba-tiba kurang, lepas tu yang nak guna ramai pulak so nilai USD tu jadi meningkat oleh permintaan yang meningkat.

