RSS
 

Posts Tagged ‘Motivasi’

Apa yang aku lakukan untuk berjaya?

22 Jan

Dahulu kala

Apa yang aku tempuhi selama ini adalah lahir daripada kepercayaan aku sendiri.Otak aku berfikir dan membayangkan apa yang aku inginkan dalam hidup aku.Sejak dari kecil aku kuat berangan.Kadang-kadang ianya melalut tanpa arah.Kemudian aku sedar kembali, hidup aku hanya dilingkungan itu saya.Minda aku dihantui apa yang aku angankan.Aku tidak pernah berusaha untuk mendapatkan apa yang aku angankan.Maka tiada perubah dalam hidup aku. Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Motivasi

 

Anda adalah apa yang anda fikirkan

25 Dec

Pehh!!  Aku terasa seperti ajaib apabila mendengar ayat ini. “Aku adalah apa yang aku fikirkan” (dengan menukar perkataan anda pada tajuk diatas dengan perkataan aku. Kenapa ajaib? Sebenarnya, semasa aku sedang study Diploma dahulu, aku pernah terlintas di kepala otak aku ni,aku menyedari perlakuan setiap orang adalah lahir daripada kepala otak yang berfikir. Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
2 Comments

Posted in Motivasi

 

Masalah tentang keyakinan diri

03 Nov

Photobucket

Aku menghadapi masalah keyakinan diri yang tegar semasa sekolah dahulu. Semasa aku masuk ke Universiti aku mula mengubah cara aku berfikir dan melupakan perkara yang sering menghantui aku selama ini kerana terlalu merendahkan diri.Dari situ aku berlajar untuk berkata ‘ya, aku boleh’ Dari situ aku mula mengorak langkah dengan beranggapan aku yang menentukan jalan hidup aku.Segala keputusan yang aku pilih adalah jalan yang aku setujui dan aku tidak meletakkan orang lain untuk menentukan arah hidup aku dan mencorakkannya.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Motivasi

 

Kalau praktik 3 perkara ni pasti boleh berjaya

30 May

Sebenarnya untuk berjaya adalah bergantung kepada diri sendiri. Apabila sesuatu perkara berlaku kepada kita, ramai yang menganggap ianya adalah takdir.Sering kali menyalahkan takdir kenapa ianya menimpa kepada kita. Apabila kita berada di dalam kesusahan kita mengeluh, memaki diri, menyesal dan sebagainya.

Dalam surah Ar-R’ad ayat 11 diterjemahkan seperti dibawah ini

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Motivasi

 

12 cara untuk motivasikan diri

07 May

Hidup penuh dengan cabaran. Kadang-kadang sesuatu itu amat sukar untuk kita tempuh.Setiap hari kita menghadapi kesukaran.  Kita selalunya merungut kenapa ianya berlaku kepada kita.Kita perlukan sesuatu yang boleh membangkitkan semangat kita untuk menghadapi keadaan itu. Motivasi adalah makanan jiwa untuk kita kuatkan diri untuk meneruskan hidup kita.Disini saya senaraikan 11 cara-cara yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri sendiri apabila kita berasa dalam keadaan sukar.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Motivasi