RSS
 

Posts Tagged ‘cerpen’

Aku adalah seorang penulis cerpen dan novel?

16 Oct

Okay, entri ini aku hendak mengulas mengenai kebiadaban kesungguhan aku berkarya menulis cerpen dan novel.Sesungguhnya aku memang sudah lama menulis sejak dari tadika lagi tapi sebagai penulis novel dan cerpen ni bermula semasa last semester diploma kat Penang dulu. Masa tu, seingat aku mula menulis cerpen-cerpen biasa jer.Cerita pun biasa je.Tapi okaylah bagi seorang pelajar yang study subjek engineering boleh menulis cerpen.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
2 Comments

Posted in Aku

 

Cerpen:Wanginya Bunga Kantan

07 Oct

Terimalah karya terbaru saya….

CERPEN:Wanginya Bunga Kantan

“hah, dah siap pun,” Farah gembira nasi gorengnya sudah siap. Dia pun mengambil bekas untuk disiapkannya untuk bekalan untuk orang yang tersayangnya, Hadi. Hadi adalah kekasihnya yang sama-sama berlajar dengannya di Universiti. Farah adalah gadis biasa yang suka memasak. Tapi menunya adalah nasi goreng. Nasi goreng ini adalah untuk Hadi. Dia memasakkannya dengan penuh kasih sayang. Cintanya kepada Hadi bukan kepalang. Dia membungkus rapi bekas yang mengandungi nasi gorengnya. Dia terus bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Hadi. Tujuannya adalah satu. Mengabiskan masa pada malam itu dengan kekasihnya di Dataran MBSA berhampiran Masjid di Shah Alam.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Pagi itu..

26 Sep

Cerpen:Pagi itu..

Pagi itu aku terjaga.Aku lihat jam pada telefon bimbitku sudah  pukul 6.15 pagi.Pagi itu aku rasa sukar untuk bangun kerana aku terasa berat sekali kepala aku.Sebenarnya malam semalam aku pening kepala yang amat sangat.Dalam keadaan yang masih lagi mamai dan fikiranku masih lagi di buai dengan mimpi indah mainan tidur tadi mindaku mula melayang-layang memikirkan hari ini.Apa yang akan aku lakukan pada hari ini.

Sejenak aku teringat akan nasihat dari ibuku dari kampong.Berulang-ulang kali dia memberitahu aku supaya berubah.Sikap aku yang tidak mahu menendahkan kewajiban aku terhadap ilahi membuatnya kecewa.Telah lama aku meninggalkan tanggungjawabku sebagai seorang yang beragama islam.Apa yang menyedihkan aku Cuma mengerjakan ibadat bersolat hanya sekali seminggu sahaja.Ianya Cuma pada hari jumaat iaitu sembahyang jumat.Betapa jauhnya diriku daripada-Nya.Betapa sombongnya aku terhadap Tuhan sekian alam.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Cinta Azura

26 Sep

Cerpen ini dikarang dengan tergesa-gesa.So ianya masih belum diedit sepenuhnya.Tapi yang penting isiannya itu tetap terpelihara huhu…

Cerpen:Cinta Azura

Wajah Azura suram sekali.Dia melihat keadaan sekeliling beberapa pasangan sedang bermadu kasih dan bercanda seperti dunia ini mereka yang punya..Azura melihat kekasihnya, Amir yang sedang duduk berhampirannya.Dia mula mengeluh kenapa mereka tidak seperti pasangan-pasangan itu. Acap kali mereka bertemu pasti hambar sekali.Amir memang bukanlah lelaki yang romantis jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang lain.Dia tidak pandai bermadah atau bermain dengan kata-kata yang indah namun jauh disudut hatinya jelas keikhlasan cintanya terhadap Azura .Amir tahu jiwa Azura yang inginkan belaian, pujuk rayu   namun iman Amir yang masih teguh di dalam jiwanya.Dia tidak mahu cintanya dicemari dengan cinta yang berbaur dengan perkara yang haram dan hanya nafsu semata-mata.Apa yang diingini daripada Azura adalah cinta yang sepenuh jiwa yang boleh membawa kepada kecintaan kepada yang maha esa.Dia ingin cinta mereka dapat mendekatkan mereka kepada kepada-Nya.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

26 Sep

Cerpen:Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

Sudah dua tahun berlalu.Aku tidak menyangka begitu cepat masa berlalu.Namun segala kenanganku masih lagi segar diingatanku.Aku masih tidak dapat melupakan cinta pertamaku yang musnah dipertengahan jalan.Memang cinta pertama memang indah. Walaupun kita jatuh cinta beberapa kali dalam hidup ini, cinta pertama adalah yang paling indah dan istimewa serta amat sukar untuk melupakannya.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku bersama Nadia ketika itu.Nadia adalah gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini tidak pernah dimiliki oleh orang lain.Percintaan aku dengannya dipenuhi dengan saling percaya-mempercayai dan perasaan kasih sayang diantara kami asas kekuatan cinta suciku.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Hayati

26 Sep

Cerpen:Hayati

Apakah perasaan ini? Adakah aku mencintainya? Aku tidak tahu dengan perasaan ini?adakah ianya dari kata hati aku atau dari nafsuku? Aku tidak patut mencintainya.Jika benar ini dikatakan cinta, yang pastinya dia bukan untukku.Dia adalah kekasih hati orang lain.Hatinya bukan untukku.Apakah kerana kasihan aku mencintainya?Adakah kerana luahan perasaan sedih terhadap kekasihnya menerbitkan perasaan cinta didalam diriku.Aku sepatutnya sedar siapalah diriku.Aku tidak layak mencintainya.Aku hanyalah pendengar setianya talkala dia sedih.Aku cuma seorang sahabat untuk menenangkan hatinya ketika hubungannya mula retak.

Pertama kali aku melihat seorang gadis secantiknya menangis dihadapanku, aku tidak dapat menahan sebakku.Apa tidaknya tangisan itu adalah tangisan kepada kekasih yang dipuja selama ini.Aku cuma insan biasa.Walaupun aku bukanlah kekasihnya namun apabila seorang perempuan datang dengan dengan tangisan seperti itu, aku menjadi lemah.Aku tidak dapat melupakan tangisannya itu.Ah! Entah kenapa aku menjadi tempat untuk meluahkan perasaan sedihnya sedangkan aku sikit pun tidak pernah pun bercinta? Kenapa dia memilih aku untuk meluahkan perasaanya.Tidak ada orang lainkah tempat di dunia ini untuknya meluah perasaan sedihnya itu? Adakah kedudukan aku sebagai sahabat menjadi alasannya untuk meluahkan perasaannya.

Read the rest of this entry »

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen