RSS
 

Senario di Bagan Pinang

06 Oct

Photobucket

-Gambar hiasan semata-mata-

Aku ni bukan suka sangat dalam bidang politik kerana aku lihat politik itu kadang-kadang kotor.Sebabnya adalah kita akan pertahankan prinsip kita walaupun secara terang-terangan ianya salah. Lagi satu adalah bab-bab kutuk-mengutuk. Kita akan pertahankan apa yang kita pertahankan apa yang kita bawa walaupun ianya salah ataupun tidak.

Pada pemilihan Raya kecil di Bagan Pinang ini, calon BN adalah Tan Sri Isa Samad. Sedia maklum, calon sebelum ini digantung kerana mengamalkan amalan rasuah.Maknanya walau bersih pun calon ini ketika ini, hakikatnya dia mempunyai sejarah rahsuah dalam kareer politiknya. Kenapa calon seperti ini masih dipilih. UMNO yang mempunyai bilangan ahli lebih daripada 1juta,takkan tak ada seorang pun calon yang layak bertanding dalam tiket BN di Bagan Pinang.Seperti Tun Dr Mahathir berkata di [blognya] UMNO tercemar dengan politik wangnya iaitu rasuah. Kenapa masih lagi pilih calon yang pernah mengamalkan rasuah sebagai calon. Memang benar kalau dia sudah bertaubat,kita boleh terima.Tapi imejnya sudah tercemar waalaupun dia begitu popular dikawasan tersebut.

Selain itu, dipihak pembangkang pulak,aku lihat orang bukan Islam sudah berani membaca ayat Al-Quran dan mentafsirkan ayat tersebut. Terbaru adalah tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan membaca ayat dari Surah al-Imran ayat 54 di markas Pas Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.Kalau kita fikirkan, layakkah orang yang tidak beriman kepada Islam,kepada al-Quran dengan sewenangnya.Ia akan memberi satu tafsiran yang salah.Secara terang-terangan ianya menghina umat Islam.

Sebelum ini Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming juga melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.DAP ni terkenal dengan sikap kiasunya.Sila baca blog Ridhuan Tee yang mengulas sikap kiasu DAP ni.

Selain itu, terdapat juga berita yang menyebut ahli parti yang bertindak liar sehingga mencederakan orang lain. Bagi akulah, kalau sekarang pembangkang ini bertindak seperti itu, alamatnya kalau diorang menag pilihan raya yang seterusnya, aku yakin keadaan mesti huru-hara. Yalah sekarang kita ada ISA untuk menahan siapa yang bercakap berbaur hasutan akan ditahan.Tidak terfikir ke kalau PR yang akan datang pembangkang menang, diorang akan mansuhkan ISA dan kemudian huru-raha jadinya sebab semua orang bebas berkata apa sahaja. Kalau ianya berbaur dengan hasutan dan juga emosi, maka terjadilah keadaan huru-hara.

Entri ini adalah cetusan pemikiran aku yang biasa sahaja. Ada orang yang lebih bijak dan pandai boleh menilainya. Satu je yang aku nak jangan melakukan sesuatu itu secara emosi,berpeganglah pada fakta.

p/s sakit hati bila Zionis serang orang palestin. Bila diorang serang palestin kita sibuk boikot barang-barang diorang.Apa kata dari sekarang, kita majukan ekonomi kita.Jadikan negara ini maju seperti mereka. Apabila kita ada kuasa ekonomi yang kuat,apa-apa pun kita boleh beli,kita tidak dipandang hina.

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Politik

 

Leave a Reply