RSS
 

Satu tahun mohdfaizul dot com

13 Jan

Selesai sudah membaharui domain dan webhosting untuk blog ini.Tempoh satu tahun lagi aku akan berblogging melalui blog ini.Blog ini kini bukan untuk mengejar populariti semata-mata.Tetapi ianya expresi yang lahir dari diri sendiri diterjemah dalam bentuk tulisan.Sama juga jika dibandingkan dengan muzik dalam bentuk bunyian.

Sudah setahun aku berblogging.Kalau mengikut rating yang melawat, jumlahnya adalah kecil.Aku tidak kisah itu semua.Aku adalah aku.Ini blog aku, ini adalah dunia aku.Apa yang aku fikirkan akan aku tulis.

Dalam blog ini aku ada menyelitkan karya cerpen dan novel aku.Ianya adalah sampingan sahaja.Memang aku minat menulis cerita tetapi biarlah ia sedikit demi sedikit.Novel “Dalam Hati Ada Rindu” masih lagi berjalan.Ianya tidak akan mati.Cerita ini akan hidup sehinggalah aku memutuskan untuk memberhentikan cerita ini.Apa pun ia masih dalam pembikinan.

Menyentuh hal yang lain pula,untuk tahun ini, aku akan cuba kembangkan lingkungan entri untuk blog ini yang pelbagai.Insyaallah akan ada perubahan nanti.Apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ini.Jangan lupa subscribe blog ini.Sekian…

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Blog

 

Leave a Reply