RSS
 

Relevankah perniagaan internet anda?

26 Oct

Photobucket

Ramai yang mengatakan perniagaan internet adalah sesuatu yang amat menguntungkan.Kepada yang Berjaya mereka akan berkata ya manakala yang gagal pasti sebaliknya.Jika dilihat terdapat tiga model perniagaan internet yang sebenar iaitu menjual produk-produk fizikal dan digital.Kedua adalah dengan affiliate program dimana kita mempromosikan produk-produk orang lain dan mendapat komisyen dari jualan tersebut.Dan yang ketiga adalah melalui laman website/blog. Menjual produk-produk fizikal selalunya laman web seperti ebay dan amazon menjadi pilihan manakala web tempatan seperti mudah.my dan lelong.com.my. Bagi yang tiada produk-produk fizikal mereka boleh memilih mempromosi produk-produk digital seperti ebook melalui program affiliate dengan mempromosi dengan pelbagai cara seperti membina squeeze page, mengumpul email,laman social,melalui youtube dan sebagainya.

Bagi blog/website pula,mereka boleh menjana  melalui iklan berbayar seperti google adsense, nuffnang dan sebagainya .Dengan hasil click pada iklan mereka akan mendapat menjana pendapatan.Selalunya jika menggunakan blog,kebolehan menulis artikel,memilih niche yang berkualiti dan reputasi ia boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Orang bercerita tentang bagaimana menjana pendapatan melalui internet dapat membantu menambah pendapatan anda.Ada yang berhenti kerja semata-mata untuk menumpukan perniagaan melalui internet.Adakah perniagaan internet anda dapat membantu orang-orang diluar sana untuk memajukan diri,keluarga dan Negara? Selama ini, saya lihat ramai yang beralih kepada internet.Berhenti daripada menjadi Dr, Engineer, manager dan pelbagai bidang lagi kepada usahawan internet.Adakah ini bagus untuk membangunkan Negara kita.

Sebagai contah:

En Halim adalah seorang Engineer yang berpengalaman. Pada suatu hari En Halim melayari internet dan secara tidak sengaja dia terbuka blog usahawan internet yang sepenuh masa.Menjana pendapatan beribu-ribu melalui internet dengan hanya duduk sahaja dirumah.Beliau tertarik dan mula berlajar selok-belok internet.Beberapa bulan kemudian En Halim berhenti kerja untuk menumpukan perniagaan internet.Maka industri kekurangan seorang yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan. Berita baiknya akan terisi jawatan tersebut kepada Engineer baru yang mungkin seorang penganggur.

Sebenarnya saya suka melihat, jutawan yang datang dari bangsa saya mempunyai syarikat gergasi bertaraf international,menjalankan projek-projek berjuta-juta ringgit.Dengan ini, mereka menggajikan beribu-ribu orang dan menjana ekonomi Negara. Mereka-mereka ini menjadi player dalam industri yang diceburi.Adakah kita hanya berbangga dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menjadi billionaire.Adakah dia dari keturunan melayu. Dengan nama Syed di pangkal namanya sudah jelas keturunannya berasal dari arab.Bagaimana dengan Melayu?

Tepuk dada tanya selera anda.

  • Share/Bookmark
 
 

Leave a Reply