Ramainya yang pecah rahsia di internet?

“weh kau buat apa tu,bagilah aku dengar sat,” Berulang kali Azizi meminta rakannya Ayon dan Bad memberitahunya apa yang sedang dibisikkan oleh Ayon dan bad.Hati Azizi gundah.Mereka sudah berkawan lama.Tak pernah sekali pun dia dibuat begitu oleh mereka.
“Eh ni rahsia, tak boleh beritahu kau.Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,” Kata Ayon tersenyum.Ini membuatkan Azizi berasa iri hati.Timbul lah rasa iri hati.Kenapa perlu berahsia?
Wah permulaan entri ini bermula dengan ala-ala cerpen dan novel gitu. Sebenarnya aku cuma hendak bercerekarama dengan lambakan orang-orang yang telah membocorkan rahsia di internet. Tetapi apakah rahsianya? Aku saja menaip perkataan ‘rahsia‘ di google dan result lebih 3juta.
Dari rahsia yang terbongkar free dan ada juga yang berbayar.Yang free tu biasanya tentang perngurusan diri, motivasi dan sebagainya manakala yang berbayar ni banyak lebih kepada buat duit di internet.Macam-macam jenis ada semuanya dibongkarkan dengan syarat kena bayar la hehe.
Contoh rahsia-rahsia dalam 3juta itu adalah rahsia buat duit dengan cepat, rahsia perkahwinan,rahsia kamar,rahsia awet muda,rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat dan macam-macam lagi.Bagi aku bagus juga rahsia dibongkarkan kalau ianya memberi manfaat kepada orang lain tapi janganlah sampai rahsia dalam kelambu pun nak dibongkarkan. Malu kawan.
Jangan ghairah (mula la tu otak kuning) sangat ingin mengetahui rahsia-rahsia ini.Kebijaksaan memilih penting.Ada dalam blog lain aku baca mamat ni tak suka sangat produk rahsia orang tu sebab basic sangat budak tadika pun tahu. Kena tanya dulu,kenapa aku perlu tahu rahsia ini? Kalau aku beli untuk apa? berbaloikah dengan harganya? kalau sekadar suka-suka untuk menambah ilmu, aku rasa baik tak payah beli.Apa guna ilmu kalau tak dipraktikkan.
Sebenarnya entri ni aku tulis kerana keghairahan pengguna-pengguna internet yang terasa tertipu dan kecewa dengan produk rahsia yang bukan rahsia lagi.Apa pun bertimbang rasa apabila membaca surat jualan dan juga fikir banyak kali seperti aku ini(puji diri nampak) ambil masa sikit untuk membaca dan mengkaji adalah perlu kita ketahui rahsia-rahsia tersebut.Ingat kita perlu membuat investment yang boleh memberi faedah kepada masa akan datang.Jangan letakkan expectation yang tinggi sangat.Think positive dan yakin diri. “Aku perlu ilmu ni”

