Bab 3
Gambar yang tersembunyi
‘Sara,petang ni temankan Kak Ina shopping ok’ Pesanan sms dari Kak Ina.Sara Yazmeen meletakkan kembali telefon bimbitnya kedalam poket seluar jeansnya.Selepas itu,Sara Yazmeen menyusun kembali gambar-gambar perkahwinan En Hanafi satu-persatu didalam foto album. Selesai sahaja menyusun, dia membuka kembali foto album itu untuk memastikan tiada yang tertinggal atau pun tersilap letak gambar-gambar yang diambilnya tempoh hari.
Persandingan yang perfect.Bilalah aku pulak nanti.
Sara Yazmeen meletakkan foto album itu diatas mejanya dan kemudian dia pergi ke dalam bilik Ayu.Ayu sedang sibuk dengan tugasannya menguruskan hal-hal berkaitan kedai. Sara Yazmeen mengetuk pintu lalu dia duduk dihadapan Ayu.
“Banyak kerja nampak?” Tanya Sara Yazmeen.



