RSS
 

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 6

30 Sep
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 6

Bab 6

Pencarian bermula

Sara Yazmeen hanya diam dari tadi.Fikirannya melayang-layang entah kemana. Tapi sememangnya dia rindukan kepada insan yang bernama Azeem Zikri. Lelaki yang pernah dicintainya dahulu.Terkenang Sara Yazmeen akan peristiwa dimana dia sendiri memutuskan perhubungan yang dia bina bersama Azeem Zikri. Ianya membuat hati Sara Yazmeen berasa sedih sekali.Sebenarnya dia tersepit antara keluarga atau Azeem Zikri. Diluah emak ditelan mati bapak.

Malam itu sejuk sekali.Sara Yazmeen memandang kearah bintang yang berkedipan langit.Adakah dia harapan untuk bertemu dengan Azeem Zikri. Cintanya selama ini tidak pernah luntur walaupun seketika dia dapat menjauhkan perasaan itu, tapi cinta itu datang juga.Sara Yazmeen menatap wajah Azeem Zikri yang berada dicelah-celah manusia yang berada di dalam gambar itu. Rasa hibanya hatinya. Kenapa dia bertindak sedemikian?

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 

Hari Raya Aidilfitri

27 Sep
Hari Raya Aidilfitri

Photobucket

Sudah seminggu kita beraya tapi bahangnya masih lagi terasa. Pada tahun ini, hari raya diraikan secara sederhana. Persiapan hari raya sama sahaja seperti tahun-tahun lepas.Ketupat, lemang, rendang dan beberapa juadah lain menjadi hidangan.Tidak lupa juga kuih raya yang dibeli dijamu kepada tetamu.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Aktiviti

 

Cerpen:Pagi itu..

26 Sep
Cerpen:Pagi itu..

Cerpen:Pagi itu..

Pagi itu aku terjaga.Aku lihat jam pada telefon bimbitku sudah  pukul 6.15 pagi.Pagi itu aku rasa sukar untuk bangun kerana aku terasa berat sekali kepala aku.Sebenarnya malam semalam aku pening kepala yang amat sangat.Dalam keadaan yang masih lagi mamai dan fikiranku masih lagi di buai dengan mimpi indah mainan tidur tadi mindaku mula melayang-layang memikirkan hari ini.Apa yang akan aku lakukan pada hari ini.

Sejenak aku teringat akan nasihat dari ibuku dari kampong.Berulang-ulang kali dia memberitahu aku supaya berubah.Sikap aku yang tidak mahu menendahkan kewajiban aku terhadap ilahi membuatnya kecewa.Telah lama aku meninggalkan tanggungjawabku sebagai seorang yang beragama islam.Apa yang menyedihkan aku Cuma mengerjakan ibadat bersolat hanya sekali seminggu sahaja.Ianya Cuma pada hari jumaat iaitu sembahyang jumat.Betapa jauhnya diriku daripada-Nya.Betapa sombongnya aku terhadap Tuhan sekian alam.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Cinta Azura

26 Sep
Cerpen:Cinta Azura

Cerpen ini dikarang dengan tergesa-gesa.So ianya masih belum diedit sepenuhnya.Tapi yang penting isiannya itu tetap terpelihara huhu…

Cerpen:Cinta Azura

Wajah Azura suram sekali.Dia melihat keadaan sekeliling beberapa pasangan sedang bermadu kasih dan bercanda seperti dunia ini mereka yang punya..Azura melihat kekasihnya, Amir yang sedang duduk berhampirannya.Dia mula mengeluh kenapa mereka tidak seperti pasangan-pasangan itu. Acap kali mereka bertemu pasti hambar sekali.Amir memang bukanlah lelaki yang romantis jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang lain.Dia tidak pandai bermadah atau bermain dengan kata-kata yang indah namun jauh disudut hatinya jelas keikhlasan cintanya terhadap Azura .Amir tahu jiwa Azura yang inginkan belaian, pujuk rayu   namun iman Amir yang masih teguh di dalam jiwanya.Dia tidak mahu cintanya dicemari dengan cinta yang berbaur dengan perkara yang haram dan hanya nafsu semata-mata.Apa yang diingini daripada Azura adalah cinta yang sepenuh jiwa yang boleh membawa kepada kecintaan kepada yang maha esa.Dia ingin cinta mereka dapat mendekatkan mereka kepada kepada-Nya.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Doa untuk seorang sahabat

26 Sep
Cerpen:Doa untuk seorang sahabat

Cerpen:Doa untuk seorang sahabat

Suasana pada hari itu, mendung.Sekali sekala angin bertiup memberi khabar akan hujan pada

petang itu.Di bawah pohon yang rendang itu, aku melihat suasana yang amat damai di padang

yang luas terbentang di hadapanku.Keheningan ketika tiba-tiba direntap oleh suara dari kicauan

burung yang hinggap di atas dahan itu.Di sebelah ku pula duduklah seorang sahabat yang sedang

meratap pilu.Sedih diriku melihat wajahnya yang suram.Di hatinya penuh dengan kesedihan

yang amat.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

26 Sep
Cerpen:Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

Cerpen:Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

Sudah dua tahun berlalu.Aku tidak menyangka begitu cepat masa berlalu.Namun segala kenanganku masih lagi segar diingatanku.Aku masih tidak dapat melupakan cinta pertamaku yang musnah dipertengahan jalan.Memang cinta pertama memang indah. Walaupun kita jatuh cinta beberapa kali dalam hidup ini, cinta pertama adalah yang paling indah dan istimewa serta amat sukar untuk melupakannya.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku bersama Nadia ketika itu.Nadia adalah gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini tidak pernah dimiliki oleh orang lain.Percintaan aku dengannya dipenuhi dengan saling percaya-mempercayai dan perasaan kasih sayang diantara kami asas kekuatan cinta suciku.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Cerpen:Hayati

26 Sep
Cerpen:Hayati

Cerpen:Hayati

Apakah perasaan ini? Adakah aku mencintainya? Aku tidak tahu dengan perasaan ini?adakah ianya dari kata hati aku atau dari nafsuku? Aku tidak patut mencintainya.Jika benar ini dikatakan cinta, yang pastinya dia bukan untukku.Dia adalah kekasih hati orang lain.Hatinya bukan untukku.Apakah kerana kasihan aku mencintainya?Adakah kerana luahan perasaan sedih terhadap kekasihnya menerbitkan perasaan cinta didalam diriku.Aku sepatutnya sedar siapalah diriku.Aku tidak layak mencintainya.Aku hanyalah pendengar setianya talkala dia sedih.Aku cuma seorang sahabat untuk menenangkan hatinya ketika hubungannya mula retak.

Pertama kali aku melihat seorang gadis secantiknya menangis dihadapanku, aku tidak dapat menahan sebakku.Apa tidaknya tangisan itu adalah tangisan kepada kekasih yang dipuja selama ini.Aku cuma insan biasa.Walaupun aku bukanlah kekasihnya namun apabila seorang perempuan datang dengan dengan tangisan seperti itu, aku menjadi lemah.Aku tidak dapat melupakan tangisannya itu.Ah! Entah kenapa aku menjadi tempat untuk meluahkan perasaan sedihnya sedangkan aku sikit pun tidak pernah pun bercinta? Kenapa dia memilih aku untuk meluahkan perasaanya.Tidak ada orang lainkah tempat di dunia ini untuknya meluah perasaan sedihnya itu? Adakah kedudukan aku sebagai sahabat menjadi alasannya untuk meluahkan perasaannya.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in cerpen

 

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 5

25 Sep
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 5

Bab 5

Wangian cinta

Azeem Zikri berjalan di sepanjang jalan itu.Apa yang dicarinya adalah majalah TIME dikedai buku yang terletak diseberang jalan sana. Hujung minggu Azeem Zikri terisi dengan membaca. Banyak buku telah dibacanya. Azeem Zikri kini bergelar usahawan muda. Dia harus menambah ilmu pengetahuannya dalam bidang perniagaan dan juga perkembangan terkini dalam dunia hari ini. Dengan ini, dia boleh menjadi usahawan yang bukan sahaja pakar dalam bidangnya malah mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang lain.Selalunya dalam seminggu Azeem Zikri akan membaca sekurang-kurangnya satu buku.Dia tidak lokek mengeluarkan duitnya kerana baginya membeli buku adalah perlaburannya untuk masa depannya. Azim Zikri mencapai majalah TIME lalu dia menyeluk sakunya dan membayar kepada mamak yang menjaga kedai itu.Dia membaca buku itu tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Dia duduk dipersimpangan jalan itu.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 4

14 Sep
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 4

Bab 4

Kisah Azeem Zikri

Pada tahun akhir pengajiannya, Azeem Zikri menerima satu tamparan dalam hidupnya. Dia terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya iaitu Sara Yazmeen. Memang perit untuk dia menghadapinya lebih-lebih lagi perpisahan itu adalah di atas permintaan dari Sara Yazmeen yang ingin berpisah tanpa mempunyai alasan yang kukuh. Dalam kepala Azeem Zikri menyangka pasti Sara Yazmeen sudah ada yang punya. Sekarang dia baru sedar,siapalah dia untuk memiliki gadis yang sempurna seperti Sara Yazmeen.

Setelah dia menamatkan pengajiannya, dia terus menghilangkan diri. Dia terus pulang ke kampong tanpa bertemu dengan kawan-kawannya untuk kali terakhir. DI kampong, Azeem Zikri bertukar watak. Dia tidak seperti dahulu lagi.Dia kini menjadi murung. Emaknya, Mak Ani sedar akan perubahan Azeem Zikri namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana sudah berbuih mulutnya bertanya apa yang berlaku kepada Azeem Zikri. Sehinggalah dia nampak gambar Sara Yazmeen diatas katilnya semasa Azeem Zikri tiada di rumah.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 3

13 Sep
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 3

Bab 3

Gambar yang tersembunyi

‘Sara,petang ni temankan Kak Ina shopping ok’ Pesanan sms dari Kak Ina.Sara Yazmeen meletakkan kembali telefon bimbitnya kedalam poket seluar jeansnya.Selepas itu,Sara Yazmeen menyusun kembali gambar-gambar perkahwinan En Hanafi satu-persatu didalam foto album. Selesai sahaja menyusun, dia membuka kembali foto album itu untuk memastikan tiada yang tertinggal atau pun tersilap letak gambar-gambar yang diambilnya tempoh hari.

Persandingan yang perfect.Bilalah aku pulak nanti.

Sara Yazmeen meletakkan foto album itu diatas mejanya dan kemudian dia pergi ke dalam bilik Ayu.Ayu sedang sibuk dengan tugasannya menguruskan hal-hal berkaitan kedai. Sara Yazmeen mengetuk pintu lalu dia duduk dihadapan Ayu.

“Banyak kerja nampak?” Tanya Sara Yazmeen.

Continue Reading

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 
Page 7 of 9 « First...« 5 67 8 9»