Bulan ini adalah bulan terakhir bagi tahun 2009.Tahun ini banyak memberi aku pelbagai pengalaman kepada aku.Selepas aku graduate dari UiTM, bermakna aku melangkah ke alam pekerjaan.Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu memberi tempias kepada aku untuk mendapat kerja. Continue Reading
Biarkan duit bekerja untuk anda bukan anda bekerja untuk duit
Saya sudah memahami bagaimana orang yang kaya terus kaya manakala yang miskin terus miskin.Selalu saya berfikir kenapa masih lagi ada orang yang melarat dan ada orang yang semakin hari semakin bertambah hartanya.Apa perbezaannya dan apa rahsia mereka yang kaya.Adakah semua adalah kerana nasib? Sebenarnya bukan nasib yang tidak menyelebelahi yang kurang berada dan bukan nasib yang menyelebelahi orang kata.Apabila berkata mengenai nasib saya selalunya merujuk kepada Ayat Al-Quran didalam Surah ayat ke 11 yang bermaksud “Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Continue Reading
Saya berniaga tapi masih lagi makan gaji?
Jika anda bekerja, berapakah jumlah yang anda peruntukkan untuk gaji anda? Adakah anda membelanja semua keuntungan anda? Sebagai peniaga, anda seharusnya menggajikan diri anda dengan dengan satu jumlah yang tetap.Pada bulan-bulan awal anda berniaga, anda harus menggajikan diri anda dengan jumlah yang sesuai dengan target jumlah keuntungan anda.Sebagai contohnya, pada awal perniagaan anda, anda menggajikan diri anda sebanyak RM1500 sebulan.Selebihnya keuntungan anda itu disimpan di dalam bank.
Perniagaan bermusim
Kalau anda perasan setiap kali ada suatu perniagaan yang sedang meletup maka ramai yang ingin menceburi perniagaan tersebut .Kalau pada suatu masa kecoh pasal arnab, ramai yang berpusu-pusu ke bank membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan.Maka ramaila yang menceburi perniagaan arnab.Perniagaan pada mulanya membawa keuntungan tetapi pelbagai masalah timbul.Harga dedak meningkat mendadak,maka natijahnya kepada modal yang tinggi dan untung yang menipis. Continue Reading
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 12
Bab 12
bimbang
Sara Yazmeen tidak dapat tidur malam.Ini kerana dia masih lagi teringat apa yang dikatakan oleh emak Azeem Zikri tempoh hari semasa di kampung. Fikirannya bercelaru apabila dia mendengar satu ayat yang terpancul dari mulut Mak Ani sebelum mereka bergerak ke Bandar.
Azeem Zikri sedang sibuk menyusun barang-barang di dalam bonet untuk dibawa pulang.Sara Yazmeen masih lagi bersiap-siap mengemas dirinya didalam bilik.Sedang Asyik dia bersolek, Mak Ani datang masuk kedalam bilik.Dia tersenyum melihat Sara Yazmeen sedang sedang meratakan pembayang matanya. Continue Reading
Dalam Hati Ada Rindu-Bab 11
Bab 11
Lafaz janji
Sara Yazmeen memandang jam ditangannya tetapi kelibat Azeem Zikri tidak muncul-muncul dari tadi.Dia geram sangat.Kenapa Azeem Zikri selalu begini.Padahal rumah sewa mereka bukan jauh sangat.Azeem Zikri akan mengeluarkan alasan kerana trafik jam.Sebenarnya Azeem Zikri akan bertembung dengan satu lampu isyarat yang mengambil masa lama menunggu lampu hijau.Dia tidak mahu bergaduh dengan Sara Yazmeen mengenai perkara kecil itu.Harap Sara Yazmeen mengerti.
Sara Yazmeen hari itu mengenakan baju kemeja berlengan pendek tetapi lengannya ditutupi oleh anak baju bewarna hitam.Kegemarannya adalah seluar jeans goggle.Fit sekali menampakkan bentuk kakinya yang kurus dan sedikit seksi.Walau bagaimana pun tudung tidak dilupanya.Tudung hitam menjadi pilihannya. Continue Reading
Short Message dari aku
Benarkah kita ni malas sangat?
Vitamin M ni sudah lama ada dalam badan kita iaitu malas.Sebagai bekas pemimpin,Tun Dr Mahathir mengatakan orang melayu ini malas walaupun memang sukar kita untuk menerima hakikatnya.Malas dari pelbagai segi.Tun tahu kita benda ini kerana dia adalah pemimpin.Seorang pemimpin pasti tahu sikap orang yang dipimpinnya itu.
Ramai yang merungut kerana peluang kerja di Malaysia semakin sukar kerana kebanjiran oleh buruh asing.Aku ingin bertanya kepada anda,adakah anda sanggup bekerja membanting tulang di sektor pembinaan yang boleh memberi pendapatan satu hari sehingga RM80 dan lebih.Anda sanggup? Aku tahu ramai yang tidak sanggup kerana terlalu panas dimandikan cahaya matahari( ada orang tak suka mandi laut kerana takut kulit gelap). Kerja macam ni tidak dipandang kerana orang lebih suka kerja di dalam tempat yang berhawa dingin.Tak kisah gaji sedikit tak apa.Tapi kalau tak kisah kenapa kalau anda pergi ke stesen minyak, korang akan nampak tak semakin lama semakin ramai Bangla yang kerja disitu.
Merancang masa depan

Orang yang berjaya selalunya orang yang mempunyai goal di mindanya.Dari situ mereka merancang masa depannya.Aku kadang-kadang pelik bila aku bertanya kepada budak-budak sekarang apa cita-cita mereka? Selalunya jawapannya tidak tahu atau pun ambil masa yang lama untuk berfikir.Selalunya yang aku jumpa, mereka akan menjawab ingin menjadi polis dan askar.
20 cara menangani stress

Bagi aku, stess yang tidak diuruskan dengan bijak boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kita tidak kira dari segi fizikal atau mental.Untuk mengelakkan stress pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stress tersebut.Kalau kita mendapat stress yang melampau,lambat laun ia boleh membuat hidup kita tak tentu arah.Okey disini aku ingin berkongsi kepada anda semua tentang 20 cara untuk menangani stress.harap ianya boleh membantu.

