Merancang masa depan

Orang yang berjaya selalunya orang yang mempunyai goal di mindanya.Dari situ mereka merancang masa depannya.Aku kadang-kadang pelik bila aku bertanya kepada budak-budak sekarang apa cita-cita mereka? Selalunya jawapannya tidak tahu atau pun ambil masa yang lama untuk berfikir.Selalunya yang aku jumpa, mereka akan menjawab ingin menjadi polis dan askar.
Sepatutnya budak-budak yang kecil sepatutnya diajar mengenai masa depan mereka.Emak dan ayah sepatutnya memberi penerangan kerja-kerja apa yang bagus untuk mereka supaya minda mereka berfikir tentang apa yang mereka hendak jadi suatu hari nanti.Sejak dari kecil mesti diberikan pendedahan,galakkan dan ruang untuk budak-budak ini mengembangkan bakat mereka.
Bagi aku pula, sejak dari kecil dahulu aku sudah setkan minda aku hendak menjadi jurutera atau pun engineer.Maka masa sekolah menengah aku sudah bercita-cita menjadi engineer dan mula merancang.Aku bertanya kepada orang yang lebih dewasa bagaimana hendak menjadi engineer.Kena masuk sekolah dan universiti apa? Pada masa tu aku memilih kena masuk sekolah teknik, selepas itu masuk Universiti teknologi MARA (UiTM) selepas habis sekolah menengah.Di Universiti aku ambil diploma dalam kejuruteraan mekanikal.Diploma masih lagi tidak boleh menjadi sebagai Engineer so aku teruskan study sehingga peringkat Ijazah.
Point aku disini, kita perlu setkan goal dalam hidup ini, kemudian berusaha dengan merancang apa yang kita nak.Jangan harap sangat dengan bantuan orang lain.Yakin pada diri sendiri.
Aku percaya kalau kita usaha lebih kita akan dapat lebih.Selalunya orang tidak sabar.Kesabaran itu penting dengan konsisten dengan apa yang kita mahukan.Kena detailkan apa yang kita mahu.Kalau kita inginkan kereta besar,jenama apa? bagaimana pula dengan spesifikasinya? Warna kereta tersebut?
Kalau kita detailkan apa yang kita mahukan kita akan menjadi jelas.Dari situ kita boleh merancang untuk mendapatkannya.Aturkan strategi.Mana satu hendak kita capai? Sikit demi sedikit barulah aku sedar,tanpa perancangan aku selalu hilang fokus dan akhirnya aku tidak dapat apa yang kita nak.


November 5th, 2009 at 8:40 pm
betul…kalu dah di setkan.. akan menjadi.
insya allah..anak2 sumi nanti sumi nak setkan juga.
akan hantar ke jurusan yg bersesuaian dgn citarasanya..
emm… jadi jurutera mesti pening kepala kan??
hehe..bila lagi nak smbg master..
sumi takat spm jer.. nanti biarlah anak2 pun sampai yg tertinggi gak..
insya allah……..
November 5th, 2009 at 9:27 pm
Kena tanamkan minat dari kecil lagi.Jangan terlalu straight sangat.Ikut minat dan bakat diorang.Kenal diorang mcm mn…hehe masa study pun rasa susah tapi akhirnya berjaya juga dapat Ijazah..apa pun kena tetapkan hati,masa depan kita,kita tak tahu so buat je