Ramai yang tidak jelas tahap kewangan mereka.Setiap hari sentiasa membelanja wang tanpa peduli kemana wang itu mengalir.Dahulu aku seperti itu.Kadang-kadang aku selalu akan menetapkan berapa jumlah wang yang perlu aku belanjakan tetapi yang pastinya ia akan habis juga akhirnya.Kemana wang itu habis aku sendiri pun tidak pasti.
Kemudian aku sedar aku kena uruskan kewangan aku supaya aku tidak membazirkan wang aku ke tempat yang tidak sepatutnya.Apa yang aku lakukan? Perkara yang pertama adalah dengan mencatat apa yang aku belanjakan.Itu adalah perkara yang wajib.Oleh itu, aku membeli buku kecil dan mencatatkan setiap sen yang aku belanjakan.Daripada catatan perbelanjaan tersebut, aku akan mengetahui kemana arah duit aku mengalir dan secara tidak langsung aku akan mencatu perbelanjaan aku dan berjimat cermat.Lebihan wang akan aku simpan.
Menuju kearah angka satu juta
Syarat untuk menjadi jutawan adalah mudah.Kita kena ada wang minimum sebanyak RM1,000,000.Kalau kita mempunyai jumlah tersebut kita akan bergelar jutawan.Tetapi adakah angka itu akan kekal atau bertambah.Jika ianya bertambah, kita akan menuju kearah kebebasan kewangan dimana kita tidak risau tentang perbelanjaan kita tetapi dengan syarat kita tidak boros berbelanja dan masa yang sama sentiasa melabur wang tersebut.
Ikhlas aku katakan semasa entri ini ditulis,aku menerima elaun sebanyak RM1900.RM 200 akan diberikan kepada orang tua aku manakala RM1000 aku simpan dan selebihnya untuk perbelanjaan aku.Jumlah RM1000 itu adalah jumlah yang besar.Ketika ini aku tidak ada tanggungan hutang setiap bulan yang perlu dibayar kerana aku masih tidak ada kereta.
Untuk menuju kearah angka satu juta bukan mustahil jika wang yang aku perolehi sekarang aku simpan dan laburkan ke bentuk perniagaan yang betul.Apa pun, sekarang aku masih lagi mengumpul wang untuk memulakan langkah untuk membuatkan wang aku bekerja untuk aku dan pada masa yang sama aku sedang berusaha menambahkan ilmu pengurusan kewangan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan diri aku.
Kebebasan kewangan yang dicari
Seperti orang yang lain, aku inginkan kebebasan kewangan.Apa yang penting pada masa itu,aku bebas untuk berbelanja dan melabur wang aku.Tetapi yang jelas aku sudah setkan dalam minda aku,aku ingin mencapai angka satu juta dahulu dan kemudiaan barulah aku berasa aku berada didalam situasi dimana wang aku akan bekerja untuk aku dan dari situ kebebasan kewangan akan dapat dirasai.
Semuanya terpulang kepada individu masing-masing untuk memilih jumlah apa yang dikehendaki. Tetapi hakikatnya,kebebasan kewangan membenarkan kita bebas untuk melakukan apa sahaja.Bukan kerana mata duitan tetapi dengan wang yang banyak boleh didermakan dan membantu kepada orang yang memerlukan seperti Bill Gates mendermakan sebahagian wangnya untuk yayasannya.Bukan ke menderma itu mendapat pahala?

