Hidup ini penuh dengan rintangan dan ujian.Tetapi dalam cabaran tersebut pasti ada kemanisannya.Kemanisannya adalah kesenangan dan hasil yang diharapkan.Setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing didalam menempuh kehidupan ini.Ada yang bermula dengan kemanisan dan kemudian berakhir dengan kegagalan dan ada yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kejayaan.
Rintangan yang memeritkan
Setahu aku ramai yang berjaya pasti atau pun mesti melalui detik-detik sukar dalam hidup mereka sebelum mereka berjaya.Ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya barulah kejayaan baru menjelma.Aku hendak bertanya kepada anda, sejauh mana ketahanan anda menghadapi sesuatu rintangan itu.Jika pertama kali kita hadapi, kita masih boleh bersabar lagi tetapi jika ianya sentiasa berulang kali pasti kita akan mula merasa putus asa.Kita akan mula mencari alasan-alasan untuk menguatkan tindakan kita untuk berhenti.
Tahukah anda bahawa Thomas Edison gagal hampir 10000 kali untuk mencipta sebuah lampu yang menggunakan kuasa elektrik.Sekarang kita bandingkan dengan diri kita sendiri.Anda putus asa sehingga angka yang ke berapa kali? Adakah 10, 20, 500 dan seterusnya?
Sekarang kita fikirkan kembali,bolehkah kita bertahan seperti Thomas Edison sebanyak 10000 kali mencuba? Tepuk dada tanya selera.
Melakukan langkah pertama
Aku percaya untuk berjaya ianya bermula dengan langkah pertama.Langkah pertama ini adalah permulaan kita untuk bertindak.Orang yang berjaya melakukan tindakan pertama mereka untuk mendapatkan kejayaan.Langkah pertama ini selalunya bermula dengan plan tindakan setelah sudah pasti arah tuju kejayaan yang kita ingin capai.Orang kata kalau gagal merancang,kita merancang untuk gagal.
Orang akan meletakkan alasan-alasan untuk menyokong mereka untuk tidak bertindak.Antara alasannya adalah:-
1.Mereka tidak bersedia untuk berubah.Perubahan bermakna mereka kena berubah dengan melakukan perkara-perkara yang baru dan meninggalkan perkara yang lama.Ini bermakna mereka terpaksa berkorban.
2.Mereka sudah berada di zone selesa mereka.Zon selesa ini memang menjadi alasan utama.Ini kerana apabila mereka berada di zon selesa mereka berasa berat hati untuk keluar dari zon selesa mereka.
3.Mereka mempunyai tanggunjawab lain.Tanggungan sering menjadi alasan kerana mereka terikat dengan keluarga mereka.Mereka harus memberi kehidupan yang sempurna untuk keluarga mereka.
4.Mereka tidak mahu berubah.Untuk berubah bukannya senang.Apa yang mereka tempuhi nanti adalah cabaran untuk mereka.Lebih baik mereka kekal dengan apa yang mereka ada sekarang.
5.Mereka takut mereka akan gagal apabila mereka bertindak.Kegagalan adalah sesuatu ketakutan yang menghantuinya.Mereka takut orang lain akan mengata mereka gagal.
6.Mereka takut silap membuat keputusan.Sebenarnya kejayaan masa depan itu masih belum nyata lagi tetapi mereka sudah mengagak mereka mungkin akan silap membuat kesalahan.
7.Mereka tidak mahu menanggung risiko.Apabila menemui kegagalan,mereka tidak mahu menanggungnya.
Melakukan langkah pertama adalah penting kerana ianya menentukan arah tuju kejayaan kita.Untuk tidak tersalah arah, mindset yang betul perlu ada supaya kita betul-betul bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan.
Cerita-cerita orang yang berjaya
Sebenarnya untuk berjaya adalah dengan meniru apa yang orang berjaya lakukan.Luangkan masa kita untuk membaca kisah kejayaan orang lain yang sama bidang dengan kita.Dengan ini, kita secara sendiri akan termotivasi dengan kisah tersebut.Apabila kita berasa putus asa, kita ubah permikiran kita fokus kepada perkara-perkara yang membahagiakan kita.Kita selami kisah kejayaan orang lain.
Bersiap sedia untuk mengambil langkah pertama
Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah memilik langkah yang cepat dan memilih jalan pintas.Merenung kembali kejayaan orang-orang yang hebat, mereka mengambil masa yang lama untuk berjaya.
Kini sudah tiba masanya untuk kita membuat langkah pertama kita.Tidak kisah langkah yang ke seribu adalah langkah kejayaan anda atau langkah yang ke 200 adalah langkah kejayaan kita.Semuanya bergantung kepada kita sendiri untuk memastikan langkah ke berapa untuk berjaya.Ia mungkin memakan masa tetapi akhirnya hasil yang kita dapat nanti adalah kejayaan.

