RSS
 

Lahirnya blogger-blogger yang pengecut

02 Feb

Kebanjiran blog-blog yang semakin hari semakin banyak,maka lahirlah blogger-blogger yang berusaha ingin menarik perhatian pelawat-pelawat blog dengan mencetuskan kontroversi,melepaskan geram, mengkritik,menghina dan sebagainya.Mereka melakukan gimik-gimik murahan untuk menarik perhatian pelawat.

Selain itu, kecenderungan aku lihat di dalam blog-blog yang berkisar mengenai politik.Masing-masing mempertahankan fahaman masing-masing, berbalah walaupun pada hakikatnya mereka adalah dipihak yang salah.

Yang menjadi pengecutnya, mereka ini tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya.Apabila menghentam orang dialah juara tetapi apabila bab untuk membuktikannya mereka lari.

Hanya orang yang pengecut sahaja yang membuat kenyataan yang tidak bersandarkan fakta.Kalau kita tahu yang kita betul, kita harus berani kerana benar.Ini tidak apabila menulis suka-suka sahaja menulis bukan-bukan.Apabila ada suruh buktikan, jadi seperti kura-kura.Kecut bukan main.

Contoh paling kuat menyokong seperti Raja Petra yang boleh dikatakan sebagai blogger yang pengecut(maaf ya). Ini kerana dia hanya pandai membuat kenyataan terhadap orang lain dan tidak dapat membuktikan yang fakta yang diberikan betul atau salah.Sekarang dia menghilang diri ke luar negara.

Mungkin ramai yang akan terpengaruh dengan tulisannya tetapi kebanyakkan aku lihat semua orang inginkan kebenaran.Orang sekarang sudah bijak untuk menilai.Bukan bulat-bulat boleh menerimanya tetapi satu je yang masih tidak berubah (betulkan aku kalau salah) kita masih lagi kuat emosinya.Dalam apa-apa hal kita masih bertindak emosi tanpa usul periksa.

Apa yang perlu dilakukan?

Kita lupa mengenai itu apa yang aku hendak kongsi disini adalah apa yang perlu kita lakukan supaya orang lain tidak mengecop kita sebagai seorang yang pengecut.

1.Menjaga reputasi anda sebaiknya.Jangan sesekali mencemarkannya dengan tulisan-tulisan tuduhan yang tidak berasas.

2.Beradab sopan.Sebagai orang timur yang mempunyai adab sopan.Apa yang kita tulis itu menggambarkan diri kita.Orang lain akan menilai.Kalau kita silap membuat kenyataan, ia boleh merendahkan mertabat kita ke tahap yang paling rendah.

3. Membantu orang bukan menghina orang.Jika kita tidak puas hati dengan seseorang itu, sepatutnya kita menegurnya bukannya menghina dan mencaci.

4.Pastikan tulisan itu berilmiah dengan bersandarkan fakta-fakta yang betul.Bukan menulis dengan mendengar khabar angin sahaja.Buat kajian dan barulah menulis.

5.Jadi orang yang bertanggungjawab.Semakin popular blog kita semakin besar tanggungjawab kita kerana apa yang kita tulis akan mempengaruhi orang.Pasti ada orang yang mengkritik dan ada yang memberi komen yang membina.

6.Jangan beremosi ketika menulis blog.Aku tahu, ramai yang beranggapan menulis blog adalah sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.Tetapi kita kena ingat, bukan semuanya apa yang kita tulis orang lain boleh terima.

7.Berfikiran terbuka.Jangan terlalu emosi dalam sesuatu perkara.

Senang cerita begini, kalau apa yang kita buat adalah baik, orang lain tidak akan menganggu kita malah akan memberi pujian kepada kita tetapi kalau kita lakukan sebaliknya, saya rasa sudah masanya anda dicop sebagai seorang yang pengecut yang hilang kehormatan diri?

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Artikel

 

Leave a Reply