Mengikut tajuk entri ini,gula dan garam mempunyai persamaan iaitu pemberi rasa bagi makan dan minuman kita tetapi efeknya adalah berbeza.Kalau kita ambil banyak gula,kita akan kena penyakit seperti diabetis.Tetapi kalau kita mengambil garam yang banyak pula penyakit lain pula yang hinggap.
Apa yang hendak aku cerita bukanlah mengenai resepi diet yang baik untuk garam tetapi rencah hidup ini.Kejayaan itu bermakna kita memperolehi mencapai apa yang kita hendak dalam hidup.Ada yang inginkan kekayaan,kemewahan dan sebagainya.Semuanya ditentukan oleh kita sendiri tahap kejayaan kita.
Kisah mengenai gula berkisarkan kemanisan.Kemanisan hidup memberi kita lebih makna.memang indah.Tetapi golongan yang berjaya ini kadang-kadang pelik sedikit.Mereka berfikir mereka ini sempurna.Apa yang dikatakannya adalah betul dengan alasan kerana dia sudah berjaya.
Kalau kita membantah kata mereka, mereka akan berkata, “aku sudah makan garam terlebih dahulu.Aku lebih tahu dari kau.”
Selalunya golongan ini datang dari orang yang lebih tua dari kita.Adalah umur menjadi ukuran? Bagi aku, yang lebih penting adalah tahap kematangan tu.Kalau umur dah tua nak mampus tapi perangai tak pernah nak matang, apa guna garam yang dia makan terlebih dahulu? Ianya bermakna atau tidak.
Sudah tiba masanya untuk kita percaya kepada diri sendiri.Makanlah banyak mana gula dan garam sekali pun, perkara yang perlu diutamakan adalah hormat kepada orang lain.Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.Apa yang penting saling lengkap melengkapi.Kalau ada ilmu lebih maka kongsi bersama kalau kekurangan itu berilah tunjuk ajar bukan mengatakan apa yang kita buat semuanya betul.

