RSS
 

Jiwa kacau:Aku di dalam kekeliruan

11 Jan

Dalam dua tiga hari ini aku merasakan hati aku tidak tenteram.Ada perasaan yang keliru dalam kepala aku.Sebenarnya benda ini kadang-kadang menghantui diri aku.Kekeliruan ini sebenarnya datang daripada kepala iaitu mengenai masa depan aku.

Aku merasakan apakah keputusan yang aku buat selama ini betul-betul masuk dengan jiwa aku.Bukannya apa,aku sedar aku bukannya perfect.Kadang-kadang keinginan yang terpendam dalam hati ini mengatasi perbuatan.maksud aku, bila aku melakukan sesuatu, aku tidak fokus dan jiwa aku berada ke tempat lain.

Oleh itu, aku merasakan apa yang aku buat selama ini tidak berada dilandasan yang betul.Aku sedar, untuk mendapatkan apa yang diimpikan bukannya senang.Dalam membuat keputusan itu, kena fikir banyak kali.Kalau tidak pasti ada pihak yang terasa hati.

Aku akui diri ini masih lagi hijau, masih lagi tercari-cari erti kehidupan.Antara keinginan dan juga harapan, betapa sukarnya membuat pilihan.Apabila aku memikirkan keinginan aku, aku akan terbayang kesannya kepada diri aku, keluarga dan orang  tersayang.Aku kena fikir perasaan mereka.

Aku tidak tahu macam mana hendak menghilangkan perasaan keliru aku ini.Teringat kembali semasa aku berada di kampung tempoh hari, ayah aku pernah berkata,kalau hendakkan sesuatu, selalu doa dan  buat solat Istikharah.Dapatkan petunjuk dari Allah.Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku kembali muhasabah diri dan kembali kepada yang asas.

“Ya Allah ampuni dosa-dosa hambaMu ini.Sudah lama aku tidak bersyukur dengan nikmatMu.Berikanlah aku petunjuk dalam hidupku.Jauhkanlah kekeliruan dalam hati ini, Ya Allah…Amin”

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Aku

 

Leave a Reply