Import barang dari China secara online

Sebagai peniaga, kita sememangnya ingin mendapatkan stok barang pada harga yang paling murah dan berkualiti. Tapi ada satu cara mudah untuk mendapatkan barang pada harga yang murah dan boleh order secara online sahaja. Caranya dengan membeli daripada website Taobao.com. Dengan hanya duduk di depan pc sahaja, korang boleh import barang dari China.

Kelebihan import barang dari China

  • Harga borong di China lebih murah daripada harga borong di Malaysia. Kebanyakkan barang di Malaysia di borong dari China. Oleh itu, jika korang order terus dari China, sudah tentu korang boleh dapat harga lebih murah dari harga di Malaysia.
  • Kos untuk membawa barang import dapat dikurangkan. Ya, memang betul. Kalau korang sendiri ke China, kurang-kurang pun korang kena belanja sebanyak RM3000 untuk tiket kapal terbang, visa, Hotel, makan, pengangkutan, shipping dan bagasi.
  • Boleh jimat masa. Untuk ke China adalah memakan masa dan tenaga. Tapi jika korang borong secara online, korang boleh jimat masa korang untuk fokus kepada marketing. Sebelum produk sampai ke Malaysia, produk korang sudah ada yang dah booking.

Mengimport barang dengan taobao.com

Taobao.com adalah sebuah laman web yang menjual produk secara borong kecil-kecilan bermula dari 5 unit ke atas. harganya sedikit mahal dari alibaba.com tetapi masih dianggap murah untuk kuantiti yang sedikit.

Jika korang ingin memborong pada skala yang besar, alibaba.com adalah tempat yang sesuai kerana di sana korang boleh borong pada kuantiti dari 500 unit dan ke atas.

Bagaimana nak beli barang dari taobao.com? 

Membuat pembelian di taobao.com ada caranya. Silap langkah, korang mungkin akan terpaksa membayar kos penghantaran yang tinggi atau terpaksa menanggung kos cukai  yang tinggi. Kemungkinan juga barang yang di pesan tidak sampai dengan selamat di tangan korang.

Oleh itu, aku nak share kepada korang ebook panduan borong barang China secara online.

Ebook ini ditulis khas oleh Nigel Ong yang mempunyai pengalaman luas membuat pembelian di taobao.com. Pengalaman yang mahal disebabkan dia bermula dengan modal yang rendah sampai boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka dengan hanya membuat pembelian borong di taobao.com.

Dalam ebook ini disentuh beberapa perkara yang penting yang perlu korang lakukan supaya barang yang sampai cepat dan selamat.

Antara yang terkandung di dalam ebook tersebut adalah:-

  1. Teknik mencari barang yang betul-betul berbaloi untuk diborong. Ada 5 ciri-ciri barang yang perlu korang tahu. Semuanya akan dikongsi di dalam ebook tersebut.
  2. Di taobao.com, bukan semuanya boleh di borong. Ada 4 ciri produk yang perlu dielakkan supaya korang boleh borong dengan selamat dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
  3. Korang akan diajar langkah demi langkah bagaimana nak membuat pembelian yang betul melalui website taobao.com. taobao.com tidak sama macam website yang lain. Salah langkah korang akan rugi nanti.
  4. Cara nak settlekan masalah untuk produk yang tidak sampai, sangkut di kastam, produk sampai tidak sama seperti yang diminta dan juga kuantiti tidak sama seperti order yang dibuat.
  5. Korang akan diajar bagaimana membuat marketing yang betul.

Jika korang teringin membuat pembelian ebook tersebut, sila klik sini.

Sharing is caring!

Leave a Comment

shares
error: Content is protected !!