Hari ini sudah hampir seminggu aku berada di Jabor.Banyak perkara yang aku berlajar disini.Seperti biasa apabila berada di tempat yang baru, kesukarannya adalah untuk serasi dengan persekitaran baru dan komunikasi dengan orang yang baru.Masalah ini boleh diatasi dengan komunikasi yang betul.Skill itu kena ada.Untuk mengatasinya adalah dengan membaiki setiap hari.
Ada yang berkata, kita orang melayu susah untuk bertanya.Sebenarnya kalau dibandingkan diri aku dan orang lain pun, setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya.Kita tidak boleh memaksa seseorang itu mengikut rentak kita.Apa yang boleh kita buat adalah berkerja bersama-sama dengan mereka.Team work.
Kegagalan setiap individu diukur dari tahap pencapaian seseorang itu.Kalau kita berjaya, orang akan mencari kelemahan kita manakala kalau kita lemah orang akan kata kita.Aku sebenarnya tidak peduli apa orang lain nak kata tentang diri aku.Aku hanyalah manusia.Tiada manusia yang sempurna.Apa yang aku boleh buat ialah menutup kelemahan itu dengan menunjukkan prestasi yang baik.
Aku selalu melihat ada segelintir orang-orang kita yang berjaya akan menceritakan pengalaman mereka seperti dia sahaja yang bagus.Dia menganggap kejayaan mereka itu sesuatu yang luar biasa.Aku faham dia sudah berjaya maknanya dia berhak berbuat demikian.Aku tidak menafikan pengalaman itu adlaah guru yang terbaik sekali.Tetapi kadang-kadang, kita tidak boleh menganggap orang lain tidak hebat lebih-lebih lagi orang yang baru sahaja mula mencari tapak.Kita tidak tahu 5 tahun akan datang atau masa hadapan, orang yang baru menapak sekarang jadi lebih hebat lagi.
Kejayaan bermula dengan kegagalan.Apa yang penting kita kena berani gagal.Kita akan berlajar dari kegagalan dan kemudian akan membaiki kelemahan.Janganlah gagal sekali je kita terus hilang fokus dan berhenti.Ada orang gagal beribu kali tetapi akhirnya dia berjaya.
Aku yakin, suatu hari nanti aku pasti akan berjaya.Aku sekarang adalah dalam proses untuk berjaya.Apa pun mindset kena betul.Setkan goal kemudian fokus kearah itu.Itu yang aku lakukan.Cepat ke lambat aku hendak capai, aku rasa masanya pasti akan tiba.

