Mohdfaizul dot com

Ramainya kawan-kawan yang kahwin
Kalau disentuh dengan bab kahwin ni mesti best punya lebih-lebih lagi dengan budak-budak muda macam aku ni.Gatal nak kahwin katakan.Walaupun keinginan itu ada tetapi ada perkara-perkara yang lain yang menjadi penghalang.Antaranya seperti biasa la kosnya seperti hantaran,kad jemputan ,majlis nikah,balai dan macam-macam lagi.Kalau hendak campurkan semuanya memang beribu-ribu duit boleh habis.Dengan kos hidup yang melambung sekarang ini,memang susah kalau kerja gaji cukup-cukup makan sahaja.

Sebagai langkah pertama untuk berkahwin kenalah berjimat dalam berbelanja.Beringat la selalu.Menyimpanlah dari sekarang.Takkan nak kahwin umur dah lanjut baru nak kahwin.Rugi masa namanya lagi satu nanti dah tua anak baru masuk sekolah rendah.Umur pencen sepatutnya bersenang lenang dah,Tiap-tiap bulan anak-anak hantar duit belanja.

Tapi apa pun memang sudah fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan.Carilah calon-calon isteri yang baik-baik.Ikut apa yang diajar oleh Nabi kepada kita.Bersederhana kan lebih baik.Kalau perangai kita macam setan, jangan mimpilah nak kahwin dengan perempuan solehah yang bertudung litup. Anda sebenarnya tidak layak.Teringat kembali ada satu ayat Al-Quran surah Annur ayat 26 yang bermaksud:-

“Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

Dari ayat Al-Quran ini jelas setiap jodoh kita adalah sepadan dengan diri kita.Cermin dulu diri kita sebelum kita hendak sesuatu.

Berbalik kepada kawan-kawan yang sudah berkahwin dan yang akan berkahwin, aku doakan kalian semua berbahagia sehingga akhir hayat.Sekarang ini dah ramai yang mendirikan rumah tangga.Kadang-kadang aku jeles juga tengok kad kahwin diorang.Semua kad kahwin cantik berlaka.Hehe mesti banyak keluar duit nampaknya.

Sekarang tentang aku pulak.Selalu jugak ada orang tanya seoalan macam ni, “Bila kau nak kahwin?” Aku cuma senyum je.Dalam hati la ni jugak aku mau tetapi aku kena bersabar.Kumpul duit bebanyak.Kalau ada jodoh aku akan berkahwin dengan sidia.Tunggu aje la kad kahwin aku nanti ya…

Aku pun ada impian
Mari semua kita menarik nafas dalam-dalam.Syukur Alhamdullillah kita masih lagi dapat menikmati nikmat dari Allah yang tiada nilainya.

Perihal mengenai impian? Aku tahu setiap orang mempunyai impian masing-masing.Impian adalah sesuatu yang indah jika kita dapat mencapainya.Aku seperti orang lain yang normal mempunyai impian.Tahap sesuatu impian itu bergantung kepada kita untuk meletaknya.Selalunya semakin tinggi impian itu, semakin sukar untuk memilikinya.

Kadang-kadang kita selalu sangat merungut dan hati kita tidak berasa yakin kita boleh atau tidak mencapainya.Kadang-kadang itu kita berasa mustahil.

Apa yang membuatkan kita berasa susah sangat untuk merealisasikan impian itu,apakah yang menghalangnya? Orang disekililing kita adalah sebahagian daripada penghalang untuk membuatkan impian kita terhalang.Mereka menuntut kita menjadi itu ini sedangkan hati kita berkata ingin melakukan perkara lain.Kita terpaksa mengorban atau menangguhkan dahulu impian kita itu sehinggalah kita bersedia untuk berusaha untuk mencapai impian kita.

Ini semua melibatkan untuk kita memilih keputusan yang mungkin mengguris perasaan orang lain.Ianya membuatkan orang yang kita sayangi berasa sedih.

Apa yang penting adalah kesabaran.Masa mengambil peranan kerana masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti.Kita sebenarnya mampu untuk mengubah nasib kita dan memenuhi impian kita.Mungkin bukan sekarang tetapi 1 tahun, 2 tahun atau 10 tahun akan datang impian yang selama ini kita pendam menjadi kenyataan.

Kepada semua, maafkan diri aku jika aku ada membuat kesilapan atau mengguris perasaan kalian kerana aku mahu segala impian aku bisa menjadi kenyataan.Alangkah bahagianya.Insyaallah jika diizinkannya aku akan dapat apa yang aku impikan.

Puisi yang pertama:Kiranya ada masa
Hari ini adalah Tahun Baru Cina.Aku ingin mengucapkan selamat tahun baru Cina.Aku hanya terperup di dalam bilik sahaja.Duduk di satu sudut mengadap laptop yang menjadi teman yang setia.Sedang aku duduk sendirian, aku mula membayangkan aku seperti pujangga yang duduk di tepi pohonan sedang mendendangkan puisi puitis.

Aku bukanlah orang seni tetapi keinginan aku untuk memcuba sesuatu dalam hidup aku, maka terciptalah novel Cinta Aishah dan Dalam Hati ada Rindu serta beberapa cerpen.Tetapi untuk menulis puisi, aku rasa aku masih belum berbakat kerana masih lagi kekurangan perkataan yang indah.Orang kata, semakin sukar bahasa itu dalam puisi, maka lebih bernilai.Bagi aku, lebih baik ianya menggunakan bahasa mudah tetapi indah.Terimalah puisi pertama aku.

KIRANYA ADA MASA

Aku menarik nafas panjang,

mataku terkatup,

Fikiranku melayang,

Indahnya dunia jika semuanya dimiliki

Resah hati tanpa kata-kata

Aku rela lepaskannya jika ia perlu pengorbanan

Aku rela bersabar jika ianya sementara

Tapi aku terkadang tidak bisa…

Aku tersenyum sendirian,

Berfikir masa depan..

Hidupku, pilihanku..

Tidak akan menyesal sesekali..

Jika itu sudah takdir..

Aku redha..aku redha..aku redha..

Kerna esok masih ada

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 14
Bab 14

Kejutan

Cerita cinta antara Sara Yazmeen dan Azeem Zikri baru sahaja bermula mekar kembali.Hidup mereka ceria.Awal-awal lagi Sara Yazmeen ke tempat kerja.Dia sibuk mencuci gambar.Kadang-kadang,sekali sekali sms dari Azeem Zikri masuk.Sempat juga mereka berbalas sms.Tersenyum sendirian Sara Yazmeen.Kelakuan Sara Yazmeen itu, ternampak oleh Ayu.Lalu dia menghampiri mendapatkan Sara Yazmeen.

“Semakin bahagia nampak, semakin ceria,” tegur Ayu.

“Eh, Ayu. Tak ada apa-apa pun.Aku okey je,” Jelas Sara Yazmeen menyembunyikan kegembiraannya.

“Akhirnya dapat juga kau berjumpa dengan kekasih hati kau.Kalau tak…”

“Kalau tak apa?”

“Kalau tak, aku tengok kau asyik murung aje,” terang Ayu.Sara Yazmeen sedar,selama ini dia asyik rindukan Azeem Zikri.Sebab itulah dia asyik bermurung sahaja.Tetapi kini tidak lagi.Dia sudah berjumpa kembali dengan Azeem Zikri.Ikatan yang sudah lama putus kembali terikat.

“Apa perancangan kau selepas ini?” Tanya Ayu.Lama juga Sara Yazmeen berfikir.Dia sebenarnya tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini.Apa yang penting dia berasa bahagia ketika ini.

“Aku tidak tahulah.Apa yang aku tahu, Azeem Zikri sudah kembali.Aku harap hubungan kami berkekalan hendaknya,” begitu jawapan dari Sara Yazmeen.Dia berharap sangat hubungan mereka berkekalan buat selamanya.

Ayu meminta diri kerana ada urusan lain.Tinggallah Sara Yazmeen keseorangan.Wajah Azeem Zikri kembali berlegar-legar di kepalanya.Sudah dua hari mereka tidak ketemu.Mingkin Azeem Zikri sedang sibuk dengan perniagaannya.Sara Yazmeen faham.Azeem Zikri sekarang bukan seperti Azeem Zikri yang dahulu.Azeem Zikri sekarang penuh dengan tanggungjawab dan komitment.Waktu muda ini adalah masanya untuk membina tapak untuk masa depan.

Sara Yazmeen mengeluarkan telefon bimbitnya.Jarinya menekan butang-butang telefon bimbit tersebut.

‘awak berada di mana?’

‘Saya sekarang baru sahaja sampai rumah,kenapa?’

‘Jom keluar’

‘Pergi mana?’

‘Tempat biasa’

‘Okey,nanti saya jemput awak.Cepat-cepat siap’

Malam itu, mereka makan malam bersama.Azeem Zikri dan Sara Yazmeen makan bersama.Malam itu mereka makan dengan selera sekali.Hati mereka gembira.Restoran itu sebenarnya tempat yang selalu dikunjungi oleh mereka semasa mereka berlajar dahulu.

“Sayangku…” kata Sara Yazmeen perlahan.Senang hati Azeem Zikri mendengarnya.

“Ya, cintaku,” sahut Azeem Zikri dengan senyumannya.Suka benar Sara Yazmeen melihat wajah yang selalu dirinduinya selama ini.

“macam mana dengan bisnes,okey tak?”

“Okey,semakin maju tetapi saya hendak kembangkan lagi bisnes saya  tu,”

“Hendak berniaga apa? Mesti ada projek baru ni,”

“Sekarang, saya dalam usaha hendak mengembangkan skop perniagaan.Saya hendak memasuki bisnes pengiklanan.Saya rasa peluangnya besar,”

“besar macam mana?”

“Saya sudah ada bisnes printing yang saya usahakan.Dengan peralatan yang saya ada sekarang, saya boleh membuat reka bentuk iklan untuk klien.Sekarang saya mulakan dengan pemplate,handout dan poster.Selepas ini, saya hendak kembangkan kepada banner pulak,”

“Wow bagusnya idea,”

“Hehe,tengoklah kekasih siapa kan,” Sara Yazmeen tersenyum mendengar kata Azeem Zikri itu.

“Saya hendak join venture boleh?”

“Nak join macam mana tu?”

“Kan saya mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi.Apa kata saya jadi juru gambar untuk awak.Dengan kemahiran saya dalam editing gambar menggunakan software-software yang ada boleh membantu.So macam mana?”

“Bagus memang bagus tapikan awak kan sibuk dengan kedai gambar awak tu.” Tanya Azeem Zikri mengenai kedai gambar Sara Yazmeen.

“Itu saya rasa tak perlu risau kerana Ayu boleh kendali kedai itu dengan baik.Apa pun,saya perlu mendapat persetujuan dari dia?”

“Apa kata kita gabungkan syarikat kita?”

“huh, pengabungan syarikat itu memang boleh tetapi kena bincang secara mendalam.Ianya melibatkan hala tuju syarikat selepas ini,” jelas  Sara Yazmeen.

“Apa pun..” baru sahaja Azeem Zikri berkata tiba-tiba lidahnya terkelu.Matanya terbeliak luas.Sara Yazmeen kehairanan.Dia menoleh ke arah yang dilihat oleh Azeem Zikri.

Apa yang dia lihat seorang wanita sedang maju menghampiri mereka.Air muka Azeem Zikri sudah berubah.Wanita itu mendapatkan Azeem Zikri.

Pang!!!!!

p/s novel ini masih dalam pembikinan.Segala komen di alu-alukan..

Usia yang menginjak ke 26 tahun
Pada tahun ini, umur aku adalah 26 tahun.Aku rasakan masa telah pantas berlalu sehinggakan aku yang terperup di perdalaman ini (sekarang berada di Jabor,+-setengah jam dari Kuantan) terkial-kial mengejar masa.Bangun awal pagi, pukul 7 sudah terpacak di Kilang.Balik rumah lewat petang sudah menjadi kebiasaan.

Pada ketika ini ramai kawan-kawan seorang demi seorang akan mendirikan rumah tangga tetapi aku baru sahaja hendak membina tapak.Duduk jauh di pendalaman hikmahnya adalah boleh simpan duit lebih sedikit lebih-lebih duduk bujang.Tetapi kekurangannya macam tiada ‘life’ je.Tetapi untuk menghidupkan kehidupan harian aku supaya tidak membosankan, setiap malam, aku akan meluangkan sedikit masa untuk melayari internet(geram sebab internet slow gile), membaca buku dan tidur la.

Kesabaran itu penting bagi aku walaupun kadang-kadang aku berasa tidak yakin dengan kemampuan aku.Kesedaran aku bermula dari minda aku.Oleh kerana terlalu banyak memikirkan keburukan menjadikan diri aku tidak fokus.Apa yang sebenarnya mahukan dalam hidup? Sejelasnya kita perlu menetapkan matlamat kita.Dari situ kita barulah berusaha kepadanya.

Untuk berjaya, bukannya mengambil masa satu atau dua hari sahaja.kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun.Walaupun hidup ini adalah sementara, alangkah baiknya kita membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup kita.Di sini, aku lihat pelbagai jenis orang,pelbagai ragam dan cara berfikir.

Apa yang aku dapat katakan, setiap orang mempunyai persepsi masing-masing.Tahap penerimaan dan kefahaman yang dibawa dipengaruhi oleh keadaan background masing-masing.Disini aku sedar, setiap manusia mempunyai kelebihan dan juga kelemahan.Apa yang penting,

Berbalik kepada 26 tahun ini, aku masih lagi belajar.Bukan belajar untuk lulus peperiksaan tetapi belajar untuk bekerja.Komunikasi adalah penting sekali supaya apa yang kita nak sampaikan orang akan faham.  “ kalau diam,orang kata kita sombong.Kalau kita banyak cakap,orang pandang kita serong”-Orang tidak bernama.

Lahirnya blogger-blogger yang pengecut
Kebanjiran blog-blog yang semakin hari semakin banyak,maka lahirlah blogger-blogger yang berusaha ingin menarik perhatian pelawat-pelawat blog dengan mencetuskan kontroversi,melepaskan geram, mengkritik,menghina dan sebagainya.Mereka melakukan gimik-gimik murahan untuk menarik perhatian pelawat.

Selain itu, kecenderungan aku lihat di dalam blog-blog yang berkisar mengenai politik.Masing-masing mempertahankan fahaman masing-masing, berbalah walaupun pada hakikatnya mereka adalah dipihak yang salah.

Yang menjadi pengecutnya, mereka ini tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya.Apabila menghentam orang dialah juara tetapi apabila bab untuk membuktikannya mereka lari.

Hanya orang yang pengecut sahaja yang membuat kenyataan yang tidak bersandarkan fakta.Kalau kita tahu yang kita betul, kita harus berani kerana benar.Ini tidak apabila menulis suka-suka sahaja menulis bukan-bukan.Apabila ada suruh buktikan, jadi seperti kura-kura.Kecut bukan main.

Contoh paling kuat menyokong seperti Raja Petra yang boleh dikatakan sebagai blogger yang pengecut(maaf ya). Ini kerana dia hanya pandai membuat kenyataan terhadap orang lain dan tidak dapat membuktikan yang fakta yang diberikan betul atau salah.Sekarang dia menghilang diri ke luar negara.

Mungkin ramai yang akan terpengaruh dengan tulisannya tetapi kebanyakkan aku lihat semua orang inginkan kebenaran.Orang sekarang sudah bijak untuk menilai.Bukan bulat-bulat boleh menerimanya tetapi satu je yang masih tidak berubah (betulkan aku kalau salah) kita masih lagi kuat emosinya.Dalam apa-apa hal kita masih bertindak emosi tanpa usul periksa.

Apa yang perlu dilakukan?

Kita lupa mengenai itu apa yang aku hendak kongsi disini adalah apa yang perlu kita lakukan supaya orang lain tidak mengecop kita sebagai seorang yang pengecut.

1.Menjaga reputasi anda sebaiknya.Jangan sesekali mencemarkannya dengan tulisan-tulisan tuduhan yang tidak berasas.

2.Beradab sopan.Sebagai orang timur yang mempunyai adab sopan.Apa yang kita tulis itu menggambarkan diri kita.Orang lain akan menilai.Kalau kita silap membuat kenyataan, ia boleh merendahkan mertabat kita ke tahap yang paling rendah.

3. Membantu orang bukan menghina orang.Jika kita tidak puas hati dengan seseorang itu, sepatutnya kita menegurnya bukannya menghina dan mencaci.

4.Pastikan tulisan itu berilmiah dengan bersandarkan fakta-fakta yang betul.Bukan menulis dengan mendengar khabar angin sahaja.Buat kajian dan barulah menulis.

5.Jadi orang yang bertanggungjawab.Semakin popular blog kita semakin besar tanggungjawab kita kerana apa yang kita tulis akan mempengaruhi orang.Pasti ada orang yang mengkritik dan ada yang memberi komen yang membina.

6.Jangan beremosi ketika menulis blog.Aku tahu, ramai yang beranggapan menulis blog adalah sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.Tetapi kita kena ingat, bukan semuanya apa yang kita tulis orang lain boleh terima.

7.Berfikiran terbuka.Jangan terlalu emosi dalam sesuatu perkara.

Senang cerita begini, kalau apa yang kita buat adalah baik, orang lain tidak akan menganggu kita malah akan memberi pujian kepada kita tetapi kalau kita lakukan sebaliknya, saya rasa sudah masanya anda dicop sebagai seorang yang pengecut yang hilang kehormatan diri?

Mana yang anda pilih,angka satu juta atau kebebasan kewangan?
Ramai yang tidak jelas tahap kewangan mereka.Setiap hari sentiasa membelanja wang tanpa peduli kemana wang itu mengalir.Dahulu aku seperti itu.Kadang-kadang aku selalu akan menetapkan berapa jumlah wang yang perlu aku belanjakan tetapi yang pastinya ia akan habis juga akhirnya.Kemana wang itu habis aku sendiri pun tidak pasti.

Kemudian aku sedar aku kena uruskan kewangan aku supaya aku tidak membazirkan wang aku ke tempat yang tidak sepatutnya.Apa yang aku lakukan? Perkara yang pertama adalah dengan mencatat apa yang aku belanjakan.Itu adalah perkara yang wajib.Oleh itu, aku membeli buku kecil dan mencatatkan setiap sen yang aku belanjakan.Daripada catatan perbelanjaan tersebut, aku akan mengetahui kemana arah duit aku mengalir dan secara tidak langsung aku akan mencatu perbelanjaan aku dan berjimat cermat.Lebihan wang akan aku simpan.

Menuju  kearah angka satu juta

Syarat untuk menjadi jutawan adalah mudah.Kita kena ada wang minimum sebanyak RM1,000,000.Kalau kita mempunyai jumlah tersebut kita akan bergelar jutawan.Tetapi adakah angka itu akan kekal atau bertambah.Jika ianya bertambah, kita akan menuju kearah kebebasan kewangan dimana kita tidak risau tentang perbelanjaan kita tetapi dengan syarat kita tidak boros berbelanja dan masa yang sama sentiasa melabur wang tersebut.

Ikhlas aku katakan semasa entri ini ditulis,aku menerima elaun sebanyak RM1900.RM 200 akan diberikan kepada orang tua aku manakala RM1000 aku simpan dan selebihnya untuk perbelanjaan aku.Jumlah RM1000 itu adalah jumlah yang besar.Ketika ini aku tidak ada tanggungan hutang setiap bulan yang perlu dibayar kerana aku masih tidak ada kereta.

Untuk menuju kearah angka satu juta bukan mustahil jika wang yang aku perolehi sekarang aku simpan dan laburkan ke bentuk perniagaan yang betul.Apa pun, sekarang aku masih lagi mengumpul wang untuk memulakan langkah untuk membuatkan wang aku bekerja untuk aku dan pada masa yang sama aku sedang berusaha menambahkan ilmu pengurusan kewangan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan diri aku.

Kebebasan kewangan yang dicari

Seperti orang yang lain, aku inginkan kebebasan kewangan.Apa yang penting pada masa itu,aku bebas untuk berbelanja dan melabur wang aku.Tetapi yang jelas aku sudah setkan dalam minda aku,aku ingin mencapai angka satu juta dahulu dan kemudiaan barulah aku berasa aku berada didalam situasi dimana wang aku akan bekerja untuk aku dan dari situ kebebasan kewangan akan dapat dirasai.

Semuanya terpulang kepada individu masing-masing untuk memilih jumlah apa yang dikehendaki. Tetapi hakikatnya,kebebasan kewangan membenarkan kita bebas untuk melakukan apa sahaja.Bukan kerana mata duitan tetapi dengan wang yang banyak boleh didermakan dan membantu kepada orang yang memerlukan seperti Bill Gates mendermakan sebahagian wangnya untuk yayasannya.Bukan ke menderma itu mendapat pahala?

Langkah yang ke seribu bermula dengan langkah pertama
Hidup ini penuh dengan rintangan dan ujian.Tetapi dalam cabaran tersebut pasti ada kemanisannya.Kemanisannya adalah kesenangan dan hasil yang diharapkan.Setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing didalam menempuh kehidupan ini.Ada yang bermula dengan kemanisan dan kemudian berakhir dengan kegagalan dan ada yang bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kejayaan.

Rintangan yang memeritkan

Setahu aku ramai yang berjaya pasti atau pun mesti melalui detik-detik sukar dalam hidup mereka sebelum mereka berjaya.Ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya barulah kejayaan baru menjelma.Aku hendak bertanya kepada anda, sejauh mana ketahanan anda menghadapi sesuatu rintangan itu.Jika pertama kali kita hadapi, kita masih boleh bersabar lagi tetapi jika ianya sentiasa berulang kali pasti kita akan mula merasa putus asa.Kita akan mula mencari alasan-alasan untuk menguatkan tindakan kita untuk berhenti.

Tahukah anda bahawa Thomas Edison gagal hampir 10000 kali untuk mencipta sebuah lampu yang menggunakan kuasa elektrik.Sekarang kita bandingkan dengan diri kita sendiri.Anda putus asa sehingga angka yang ke berapa kali? Adakah 10, 20, 500 dan seterusnya?

Sekarang kita fikirkan kembali,bolehkah kita bertahan seperti Thomas Edison sebanyak 10000 kali mencuba? Tepuk dada tanya selera.

Melakukan langkah pertama

Aku percaya untuk berjaya ianya bermula dengan langkah pertama.Langkah pertama ini adalah permulaan kita untuk bertindak.Orang yang berjaya melakukan tindakan pertama mereka untuk mendapatkan kejayaan.Langkah pertama ini selalunya bermula dengan plan tindakan setelah sudah pasti arah tuju kejayaan yang kita ingin capai.Orang kata kalau gagal merancang,kita merancang untuk gagal.

Orang akan meletakkan alasan-alasan untuk menyokong mereka untuk tidak bertindak.Antara alasannya adalah:-

1.Mereka tidak bersedia untuk berubah.Perubahan bermakna mereka kena berubah dengan melakukan perkara-perkara yang baru dan meninggalkan perkara yang lama.Ini bermakna mereka terpaksa berkorban.

2.Mereka sudah berada di zone selesa mereka.Zon selesa ini memang menjadi alasan utama.Ini kerana apabila mereka berada di zon selesa mereka  berasa berat hati untuk keluar dari zon selesa mereka.

3.Mereka mempunyai tanggunjawab lain.Tanggungan sering menjadi alasan kerana mereka terikat dengan keluarga mereka.Mereka harus memberi kehidupan yang sempurna untuk keluarga mereka.

4.Mereka tidak mahu berubah.Untuk berubah bukannya senang.Apa yang mereka tempuhi nanti adalah cabaran untuk mereka.Lebih baik mereka kekal dengan apa yang mereka ada sekarang.

5.Mereka takut mereka akan gagal apabila mereka bertindak.Kegagalan adalah sesuatu ketakutan yang menghantuinya.Mereka takut orang lain akan mengata mereka gagal.

6.Mereka takut silap membuat keputusan.Sebenarnya kejayaan masa depan itu masih belum nyata lagi tetapi mereka sudah mengagak mereka mungkin akan silap membuat kesalahan.

7.Mereka tidak mahu menanggung risiko.Apabila menemui kegagalan,mereka tidak mahu menanggungnya.

Melakukan langkah pertama adalah penting kerana ianya menentukan arah tuju kejayaan kita.Untuk tidak tersalah arah, mindset yang betul perlu ada supaya kita betul-betul bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan.

Cerita-cerita orang yang berjaya

Sebenarnya untuk berjaya adalah dengan meniru apa yang orang berjaya lakukan.Luangkan masa kita untuk membaca kisah kejayaan orang lain yang sama bidang dengan kita.Dengan ini, kita secara sendiri akan termotivasi dengan kisah tersebut.Apabila kita berasa putus asa, kita ubah permikiran kita fokus kepada perkara-perkara yang membahagiakan kita.Kita selami kisah kejayaan orang lain.

Bersiap sedia untuk mengambil langkah pertama

Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah memilik langkah yang cepat dan memilih jalan pintas.Merenung kembali kejayaan orang-orang yang hebat, mereka mengambil masa yang lama untuk berjaya.

Kini sudah tiba masanya untuk kita membuat langkah pertama kita.Tidak kisah langkah yang ke seribu adalah langkah kejayaan anda atau langkah yang ke 200 adalah langkah kejayaan kita.Semuanya bergantung kepada kita sendiri untuk memastikan langkah ke berapa untuk berjaya.Ia mungkin memakan masa tetapi akhirnya hasil yang kita dapat nanti adalah kejayaan.

Apa yang aku lakukan untuk berjaya?
Dahulu kala

Apa yang aku tempuhi selama ini adalah lahir daripada kepercayaan aku sendiri.Otak aku berfikir dan membayangkan apa yang aku inginkan dalam hidup aku.Sejak dari kecil aku kuat berangan.Kadang-kadang ianya melalut tanpa arah.Kemudian aku sedar kembali, hidup aku hanya dilingkungan itu saya.Minda aku dihantui apa yang aku angankan.Aku tidak pernah berusaha untuk mendapatkan apa yang aku angankan.Maka tiada perubah dalam hidup aku.

Dahulu, sikap malu betul-betul menebal dalam diri aku.Dengan kawan-kawan lelaki okey sahaja tetapi dengan perempuan aku malu.Sedikit pun aku tidak menegur mereka.Pada masa itu aku percaya pada masa itu jika bersama mereka dianggap jiwang.

Aku akui itu silap.Sepatutnya aku menganggap mereka adalah kawan sahaja.Semasa aku melangkah ke Universiti aku mengubah cara aku berfikir.Walaupun ada sedikit perubahan tetapi sikap malu itu masih ada tetapi aku gagahi juga.Mungkin aku bukan jenis yang peramah.

Perkara yang perlu ada

Sekarang aku percaya,apa yang ada dalam minda ini adalah pencetus kepada tindakan kita.Apa yang kita fikirkan dalam minda kita, benda itu yang lahir dalam bentuk tindakan.Benda yang selalu bermain di minda aku dahulu menghalang aku daripada bertindak lebih jauh.Ianya menjadikan aku hilang fokus dan sentiasa berada pada takuk yang sama.

Aku berfikir sejenak,bagaimana untuk aku mengubahkan diri aku? Aku tidak boleh menunding kepada orang lain kerana semuanya adalah apa yang kita mahukan.Untuk mengubah keadaan adalah bermula dengan diri sendiri.

Apa yang harus aku lakukan adalah:

1.mengawal minda dengan memikirkan perkara-perkara yang aku inginkan.Jangan biar minda menguasai aku.Aku seharusnya mengawal minda sendiri.

2.Keinginan selalunya adalah perkara yang pertama sekali yang akan terbentuk diminda.Dari situ aku membayangkan apa yang aku fikirkan.Maka dengan ini, aku seharusnya membakar keinginan itu supaya ia membantu aku mendapatkan apa yang aku hendak.

3.Kepercayaan adalah bentuk keyakinan yang perlu ada dalam diri aku.Seharusnya aku percaya apa yang aku inginkan,aku akan dapat.

4.Melihat kejayaan orang lain sebagai pendorong kepada aku.Kebanyakkan orang yang berjaya kerana meniru orang-orang berjaya.Dengan melatih diri melakukan tindakan seperti mereka,aku percaya sedikit demi sedikit keadaan akan berubah kepada lebih baik.

5.Menampakkan perkara yang aku inginkan dalam minda.Secara tidak langsung ianya mendorong apa yang aku inginkan menjadi kenyataan.

Apa yang sedang aku lakukan sekarang?

Untuk berjaya, apa yang aku selalu lakukan adalah menetapkan matlamat dan masa untuk mencapaikannya.Aku setkan dalam minda aku apa yang aku inginkan.Dari situ aku akan rancang plan tindakannya.Kadang-kadang aku menulis matlamat aku supaya aku lebih jelas dan fokus.

Memang untuk mendapatkan sesuatu perkara itu susah sehingga membuatkan aku give up.Tetapi ianya adalah mainan minda yang tidak yakin dan percaya kemampuan diri.Bila aku berada didalam situasi ini,aku akan merubah cara aku berfikir.Aku akan bayangkan kembali apa yang aku hendak dan kemudian aku akan berkata sendirian perkataan-perkataan yang positif seperti:-

1.Aku seorang yang tidak kenal putus asa

2.Aku seorang yang berjiwa besar

3.Aku seorang yang banyak idea

4.Aku seorang yang sentiasa positif

5.Aku seorang yang berjaya

6Aku seorang yang tidak pernah kalah

7.Aku seorang yang sentiasa berada dihadapan

8.Aku seorang yang tidak gentar

9.Aku seorang yang kuat berusaha

Dengan cara ini ia boleh meningkatkan kembali semangat aku untuk berjuang dan sentiasa konsisten dengan matlamat aku.

Banyak lagi impian aku yang masih belum tercapai.Masa memainkan peranan menentukan cepat atau lambat keinginan yang ingin aku capai.Kejayaannya masih belum nampak dalam bentuk yang nyata tetapi aku sudah merasainya di dalam minda aku.

Aku harap apa yang aku kongsikan ini boleh membantu anda mencapai apa yang anda impikan.Semuanya bergantung kepada keyakinan diri sendiri.Ingatlah apabila satu-persatu keinginan kita menjadi kenyataan,tahap keyakinan dan kepercayaan kita pasti akan berubah kerana ianya menjadi bukti apa yang kita inginkan menjadi kenyataan.

Sebelum aku menutup entri kali ini,aku sudahi dengan sepotong ayat dari Al-Quran Surah Ar-R’ad ayat ke 11:-

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

-Amin-

Cerita dari Kilang Sawit
Risaunya bila aku tidak lama update blog ini.Bukannya apa, kesibukan aku bekerja sekarang.Bangun awal pagi.Pukul 7 pagi sudah terpacak di Kilang.Pagi-pagi kena ikut Assistant Ex. ukur minyak dalam tangki.Lepas itu,kena check tiket FFB received OCP dan dispatch dan seterusnya.Malas aku nak beritahu kerana kadang-kadang relek jugak sebab Bos kat sini baik orangnya.Semalam dia baru je belanja makan hehe.

Kita lupakah kisah itu.Banyak perkara yang hendak aku buat tetapi masa tidak mengizinkan.Oleh kerana keserabutan dalam kepala aku ini, aku kekeringan idea hendak menulis tetapi aku tulis aje.tengok tu sekarang kita sudah masuk ke perenggan yang kedua.

Bercerita mengenai keadaan orang pendalaman, jangan sangka gejala negetif tidak akan terjadi.Banyak juga kes jenayah ada kat kawasan pendalam disini.Tempat aku ini berada setengah jam dari Kuantan.Maka masyarakatnya terdedah kepada unsur-unsur luar.Telefon bimbit mereka pun lebih canggih dari aku.Kes-kes seperti kes curi,main bini orang, bunting anak orang semua ada disini.

Poin aku disini adalah kalaulah dulu orang yang duduk jauh dari bandar, perangai mereka sopan tetapi sekarang ianya macam sama sahaja.Tak kira kampung atau bandar.Apa yang penting,untuk mengukur kebaikan seseorang itu adalah dari diri orang itu sendiri bagaimana.Bukanlah dia berasal dari kampung,pendalaman,anak orang susah dan sebagainya.

Apa pun, aku masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan sebegini kerana aku akan bekerja selama lebih 3 tahun di dalam industri Sawit ni.Itu pun kalau prestasi aku baik.Aku ada misi.Ini adalah permulaan career aku dan aku harap suatu nanti aku akan dapat memenuhi segala impian aku.Perkara yang utama adalah pengalaman.