
Penangan facebook membuatkan kerja kita seperti tidak menjadi.Kerana terlalu asyik dengan facebook,kerja-kerja lain terbantut.Mana tidaknya dengan keasyikan berbalas-balas msg di wall dan juga bermain kuiz,application,group dan lain-lain lagi semua dilupakan.Mengikut rangking dari Alexa.com ,sekarang facebook adalah website yang kedua selepas google yang sering dilayari di dunia.mengalahkan yahoo dan youtube.Sekarang kalau seseorang itu tiada akaun facebook tak sah.
Sebelum ini, friendster dan myspace menjadi pilihan tapi facebook sekarang menerajui laman web sosial didunia.Dengan kelebihan facebook,ramai yang buat duit dari facebook,apakah kesannya kepada kita?
Huh cuba baca keratan akhbar dibawah ni

Keratan diatas adalah kajian yang ditujukan kepada pengguna facebook terutamanya.Ternyata keasyikan menambah kenalan,berkomunikasi dengan rakan-rakan mengakibatkan keputusan teruk.Ini ditujukan kepada pelajar pengajian tinggi.Huhu Alhamdulillah saya sudah tamat pengajian barulah saya mengenali facebook
Apa pun Facebook ini adalah website wajib yang saya akan layari setiap kali melayari internet.Memang seronok membaca update wall kenkawan dan berbalas komen.So nasihat dari saya lebih baik kita control sedikit keasyikan berfacebook ni.Dahulukan perkara yang penting jugak.Jangan keasyikan berfacebook, lupa dunia yang nyata sudahlah huhu.
Selamat berfacebook semua.

