RSS
 

Dalam Hati Ada Rindu-Bab 8

19 Oct

Bab 8

Makan malam

Sara Yazmeen menunggu dengan penuh kesabaran.Sejak dari tadi batang hidung Azeem Zikri masih lagi tidak kelihatan.Dia mual risau. Dia betul-betul risau. Azeem Zikri sudah berjanji untuk bertemu.Berulang-ulang kali dia melihat jam ditangannya. Dia memandang sekeliling.Meja hadapannya ada pasangan yang sedang bergurau senda. Melihat gelagat mereka tersenyum sendirian dia.

“hai, tersenyum sorang-sorang nampak?” Ada orang menyapa ditepinya. Rupanya Azeem Zikri sudah berada disebelahnya melihat Sara Yazmeen tersenyum seorang diri di situ.Sara Yazmeen menbetulkan diri dan mengalihkan pandangannya kepada Azeem Zikri.

Azeem Zikri duduk dihadapan Sara Yazmeen.Azeem Zikri memanggil pelayan. Mereka memesan makanan dan minuman. Setelah itu mereka diam sahaja. Mungkin sudha lama tidak ketemu maka tidak ada modal hendak bercerita.Akhirnya Azeem Zikri terpaksa memula bicara.

“Sara, awak cantik seperti dulu” kata Azeem Zikri sambil memandang wajah yang pernah dipujanya dahulu.

“tak lah biasa je,” jawab Sara Yazmeen malu dengan pujian Azeem Zikri itu.

“Sudah lama kita tidak bertemu,kan?” kata Azeem Zikri. Ketika itu satu persatu kenangan manis mereka berlegar-legar dikepala.Azeem Zikri tersenyum sendirian.Ia disedari oleh Sara Yazmeen.

“Kenapa tersengeh-sengeh tu?”

“Taklah terkenang masa dulu.Masa kita bersama.Kelakarkan masa tu,” Sara Yazmeen mengangguk sahaja. Barangkali Azeem Zikri bahawa betapa sedihnya dia menanggung rindunya. Dia lihat wajah Azeem Zikri yang sedikit berisi.Lama dia lihat sehingga Azeem Zikri tersedar.

“Kenapa lihat muka kita ni macam nak makan orang je. Makan nasi Kat sini kan bagus hehe,” kata Azeem Zikri sambil memandang Sara Yazmeen.Pelayan datang membawa makanan yang dipesan.

“Kenapa bercuti disini?” Tanya Sara Yazmeen.

“Entahlah secara tiba-tiba teringin nak datang sini,” Jawab Azeem Zikri. Sebenarnya dia rindukan Sara Yazmeen.Dulu, Sara Yazmeen pernah kata dia teringin sangat hendak datang kepantai itu kerana suka sangat tengok laut.Tetapi hajatnya tidak tercapai kerana Sara Yazmeen meminta perpisahan.

“Awak nak tak ikut saya balik kampong?” terperanjat Sara Yazmeen apabila Azeem Zikri bertanya seperti itu.

“entah,tak tahu,” Kata Sara Yazmeen mengangkat bahunya. “ada apa ek kat sana?”

Azeem Zikri tersenyum lagi.Dia tahu Sara Yazmeen mesti tidak mahu.

“Ok la taka pa lah,saya tahu rumah saya kat kampong tu bukan cantik sangat pun,” kata Azeem Zikri merendah diri. Serba-salah pula Sara Yazmeen.Cuti Sara Yazmeen ada berbaki dua hari.Lagipun dia seorang sahaja disitu.Dia memandang keluar kearah laut,gelap.Hanya angin menyapu mukanya.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Azeem Zikri. Inilah peluangnya untuk membalas rindunya kepada Azeem Zikri.Sara Yazmeen berpaling kembali kepada Azeem Zikri yang berada dihadapannya. Dia mengangguk sahaja tanda setuju.Azeem Zikri kelihatan gembira.Dia dapat bersama dengan Sara Yazmeen.

“Okey sekarang saya nak tahu perkembangan Sara sekarang?” Tanya Azeem Zikri ingin tahu.

“Sekarang, Sara buka kedai gambar bersama dengan kawan,” Jawab Sara Yazmeen.

“Oh, ye ke. Saya sekarang buka kedai juga,Kedai printing.”

“Owah, sama-sama kita meniaga ek,”

“Begitulah nampaknya,”

“Mesti maju kan bisness awak tu,”

“Ok lah.Janji ada pendapatan setiap bulan. Kalau ada untung lebih, bonus la,”

Pada malam itu mereka rancak bercerita.Al maklumlah mereka sudah lama tidak berjumpa.Dari perbualan mereka, masing-masing mengelak bercerita mengenai soal hati.Sara Yazmeen tidak mahu Azeem Zikri tahu yang dia amat merinduinya kerana dia takut Azeem Zikri akan terasa.Padahal Sara Yazmeen tidak tahu yang Azeem Zikri masih lagi menyayangi Sara Yazmeen.Saja Azeem Zikri tidak mahu mengetahuinya, sangkaan Azeem Zikri, Sara Yazmeen sudah berpunya.

Selesai mereka makan malam, mereka bersiar-siar menikmati suasana malam yang damai.Cinta yang telah lama hilang, bertunas kembali. Adakah ada cinta diantara mereka?

******

Awal-awal pagi mereka bersiap-siap,berkemas kerana mereka akan pergi ke rumah Azeem Zikri.Riak wajah mereka menggambarkan kegembiraan.Setelah sekian lama terpisah akhirnya mereka bertemu.Dalam hati mereka penuh dengan harapan. Sara Yazmeen ingin hidup bahagia bersama Azeem Zikri manakala Azeem Zikri ingin Sara Yazmeen mengisi akan hidupnya.

Kereta Sara Yazmeen dihantar ke rumah ibu Saudaranya, Mak Esah yang tinggal di Seremban.Disana Mak Esah sengaja mengusik.

“Wah, Sara datang bersama kekasih hati ya,” kata Mah Esah mendekati Azeem Zikri.Zeraya itu dia memicit-micit pipi Azeem Zikri yang kelihatan berotot.Azeem Zikri hanya diam manakala Sara Yazmeen ketawa kecil melihat gelagat Mak Esah itu.

Sara Yazmeen menumpang keretanya dirumah Mak Esah. Mak Esah pernah menjaga Sara Yazmeen ketika dia kecil dahulu.Dia menganggap Sara Yazmeen seperti anaknya sendiri.

“Kamu hendak pergi kerumah Azeem Zikri ke.Hendak berjumpa dengan bakal mak mertua ke ni?” tanya Mak Esah lagi.Azeem Zikri memandang kearah Sara Yazmeen.

“Eh, tak ada la Mak, saje je nak tengok kampong halaman Azeem,” Jawab Sara Yazmeen yang disambut dengan senyuman diwajah Azeem Zikri.Azeem Zikri gembira sekali.

Perjalanan mengambil beberapa jam kerana mereka memilih untuk mengikut jalan dalam. Ianya membuatkan Sara Yazmeen berasa letih dan terlena seketika.Azeem Zikri meneruskan perjalanan. Perasaannya melayang-layang.Bagaimana riaksi Maknya nanti?

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 

Leave a Reply