RSS
 

Dalam Hati ada Rindu-Bab 13

02 Jan

Bab 13

Sinar baru

Wajah Sara Yazmeen mendamaikan.Azeem Zikri merenung dalam wajah yang sudah lama tidak dilihatnya.Walaupun sudah lama dia meletakkan Sara Yazmeen jauh dalam hatinya, terdetik juga dia untuk memiliki wanita yang pernah dicintainya.Sara Yazmeen masih seperti dahulu, masih dipandang.Dia kelihatan matang.

Cinta yang sudah lama dipendam tiba-tiba ia mula mekar kembali.Ada sinar baru dalam hidupnya.Jika sebelum ini hidupnya ditumpukan kepada perniagaannya kini beralih arah kepada Sara Yazmeen.Didalam hatinya dia ingin memiliki Sara Yazmeen kembali tetapi dia takut untuk meluahkan perasaan barunya itu.

Sara Yazmeen memandang wajah Azeem Zikri yang dari tadi khayal melihat wajahnya.

“kenapa pandang saya macam tu,” Tanya Sara Yazmeen.Azeem Zikri tersentak seketika dari lamunannya.Dia menoleh kepada Sara Yazmeen.

“Ehm, saya rindu kepada awak,” jawab Azeem Zikri spontan.Air muka Sara Yazmeen berubah.Dia seperti tidak percaya Azeem Zikri masih lagi merinduinya.

“sejak dari dulu lagi?”

“Ya, sejak kita berpisah.Awak betul-betul membuat saya hidup tidak sempurna.”

“Maafkan saya,” kata Sara Yazmeen kesal dengan apa yang berlaku.Kalaulah dia berfikir masak-masak sebelum dia membuat keputusan, sekarang mereka pasti berjuang demi cinta suci mereka.

“Tak mengapalah, semua sudah berlaku,” kata Azeem Zikri perlahan.Sedih benar dia mengenangkan perpisahan mereka.Dia menghormati keputusan daripada Sara Yazmeen.Dia tidak mahu mendesak Sara Yazmeen.Walaupun dia berasa amat kecewa tetapi dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Apa kata kita mulakannya semula,” tiba-tiba Sara Yazmeen berkata begitu kepada Azeem Zikri.Azeem Zikri terdiam seketika.Dia memandang mata Sara Yazmeen dalam-dalam.Ada keiklasan dari mata Sara Yazmeen.Adakah ini keputusan yang baik untuk mereka untuk kembali bersama.Apakah pisang akan berbuah dua kali?

“Baiklah kita mulakan semula,” kata Azeem Zikri tenang.Dia begitu yakin dengan keputusannya.Dia berharap Sara Yazmeen akan teguh hati untuk mereka bersama walaupun pelbagai rintangan yang akan mereka hadapi selepas ini.

“So, dari mana kita hendak bermula ni?” Tanya Sara Yazmeen.

“Kita bermula dari garis putih itu.Lepas tu kita berlari hingga ke hujung sana.Boleh tak?” kata Azeem Zikri tersengeh.Sara Yazmeen masak benar dengan perangai Azeem Zikri.Lantas dia mencubit lengan Azeem Zikri.Azeem Zikri meraung kesakitan.Cubitan yang sudah lama tidak dirasainya.

“Cintaku,” sudah lama Azeem Zikri tidak mendengar perkataan itu dari Sara Yazmeen.Azeem Zikri tersenyum bahagia.Dia melihat keceriaan dari wajah Sara Yazmeen yang ayu itu.Secara tidak sengaja dia mengenggam tangan Sara Yazmeen.Terasa kehangatan mengalir dalam tubuh Sara Yazmeen.Sudah lama mereka tidak merasai bahagia seperti itu.Rasa berdebar dalam hatinya.Dia melihat Wajah Azeem Zikri.

“Sayangku,” balas Azeem Zikri.Mereka berpandangan.Cinta mereka mekar kembali.

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Novel

 

Leave a Reply