RSS
 

Cerita dari Kilang Sawit

21 Jan

Risaunya bila aku tidak lama update blog ini.Bukannya apa, kesibukan aku bekerja sekarang.Bangun awal pagi.Pukul 7 pagi sudah terpacak di Kilang.Pagi-pagi kena ikut Assistant Ex. ukur minyak dalam tangki.Lepas itu,kena check tiket FFB received OCP dan dispatch dan seterusnya.Malas aku nak beritahu kerana kadang-kadang relek jugak sebab Bos kat sini baik orangnya.Semalam dia baru je belanja makan hehe.

Kita lupakah kisah itu.Banyak perkara yang hendak aku buat tetapi masa tidak mengizinkan.Oleh kerana keserabutan dalam kepala aku ini, aku kekeringan idea hendak menulis tetapi aku tulis aje.tengok tu sekarang kita sudah masuk ke perenggan yang kedua.

Bercerita mengenai keadaan orang pendalaman, jangan sangka gejala negetif tidak akan terjadi.Banyak juga kes jenayah ada kat kawasan pendalam disini.Tempat aku ini berada setengah jam dari Kuantan.Maka masyarakatnya terdedah kepada unsur-unsur luar.Telefon bimbit mereka pun lebih canggih dari aku.Kes-kes seperti kes curi,main bini orang, bunting anak orang semua ada disini.

Poin aku disini adalah kalaulah dulu orang yang duduk jauh dari bandar, perangai mereka sopan tetapi sekarang ianya macam sama sahaja.Tak kira kampung atau bandar.Apa yang penting,untuk mengukur kebaikan seseorang itu adalah dari diri orang itu sendiri bagaimana.Bukanlah dia berasal dari kampung,pendalaman,anak orang susah dan sebagainya.

Apa pun, aku masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan sebegini kerana aku akan bekerja selama lebih 3 tahun di dalam industri Sawit ni.Itu pun kalau prestasi aku baik.Aku ada misi.Ini adalah permulaan career aku dan aku harap suatu nanti aku akan dapat memenuhi segala impian aku.Perkara yang utama adalah pengalaman.

  • Share/Bookmark
 
2 Comments

Posted in Aku

 

Leave a Reply

 
 
  1. syg

    January 22, 2010 at 8:13 am

    keep it up..=)
    trus kan usaha..
    don’t let emo above what u want..
    ok dear..
    wish u best of luck!!!
    =)

     
  2. admin

    January 22, 2010 at 8:00 pm

    TQ MY DEAR