Terimalah karya terbaru saya….
CERPEN:Wanginya Bunga Kantan
“hah, dah siap pun,” Farah gembira nasi gorengnya sudah siap. Dia pun mengambil bekas untuk disiapkannya untuk bekalan untuk orang yang tersayangnya, Hadi. Hadi adalah kekasihnya yang sama-sama berlajar dengannya di Universiti. Farah adalah gadis biasa yang suka memasak. Tapi menunya adalah nasi goreng. Nasi goreng ini adalah untuk Hadi. Dia memasakkannya dengan penuh kasih sayang. Cintanya kepada Hadi bukan kepalang. Dia membungkus rapi bekas yang mengandungi nasi gorengnya. Dia terus bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Hadi. Tujuannya adalah satu. Mengabiskan masa pada malam itu dengan kekasihnya di Dataran MBSA berhampiran Masjid di Shah Alam.

