Kalau disentuh dengan bab kahwin ni mesti best punya lebih-lebih lagi dengan budak-budak muda macam aku ni.Gatal nak kahwin katakan.Walaupun keinginan itu ada tetapi ada perkara-perkara yang lain yang menjadi penghalang.Antaranya seperti biasa la kosnya seperti hantaran,kad jemputan ,majlis nikah,balai dan macam-macam lagi.Kalau hendak campurkan semuanya memang beribu-ribu duit boleh habis.Dengan kos hidup yang melambung sekarang ini,memang susah kalau kerja gaji cukup-cukup makan sahaja. Read the rest of this entry »
Archive for the ‘Aku’ Category
Aku pun ada impian
Mari semua kita menarik nafas dalam-dalam.Syukur Alhamdullillah kita masih lagi dapat menikmati nikmat dari Allah yang tiada nilainya.
Perihal mengenai impian? Aku tahu setiap orang mempunyai impian masing-masing.Impian adalah sesuatu yang indah jika kita dapat mencapainya.Aku seperti orang lain yang normal mempunyai impian.Tahap sesuatu impian itu bergantung kepada kita untuk meletaknya.Selalunya semakin tinggi impian itu, semakin sukar untuk memilikinya. Read the rest of this entry »
Usia yang menginjak ke 26 tahun
Pada tahun ini, umur aku adalah 26 tahun.Aku rasakan masa telah pantas berlalu sehinggakan aku yang terperup di perdalaman ini (sekarang berada di Jabor,+-setengah jam dari Kuantan) terkial-kial mengejar masa.Bangun awal pagi, pukul 7 sudah terpacak di Kilang.Balik rumah lewat petang sudah menjadi kebiasaan. Read the rest of this entry »
Cerita dari Kilang Sawit
Risaunya bila aku tidak lama update blog ini.Bukannya apa, kesibukan aku bekerja sekarang.Bangun awal pagi.Pukul 7 pagi sudah terpacak di Kilang.Pagi-pagi kena ikut Assistant Ex. ukur minyak dalam tangki.Lepas itu,kena check tiket FFB received OCP dan dispatch dan seterusnya.Malas aku nak beritahu kerana kadang-kadang relek jugak sebab Bos kat sini baik orangnya.Semalam dia baru je belanja makan hehe. Read the rest of this entry »
Jiwa kacau:Aku di dalam kekeliruan
Dalam dua tiga hari ini aku merasakan hati aku tidak tenteram.Ada perasaan yang keliru dalam kepala aku.Sebenarnya benda ini kadang-kadang menghantui diri aku.Kekeliruan ini sebenarnya datang daripada kepala iaitu mengenai masa depan aku. Read the rest of this entry »
Attachment yang pertama-Jabor Mill,Pahang
Tahun baru 2010 aku akan dihantar ke Jabor Mill, Pahang selama 2 bulan.Untuk pengetahuan semua, aku sekarang dalam training dengan Sime Darby Plantation selama 9 Bulan (Macam perempuan mengandung da!!! hehe).Setelah sekian lama menganggur, akhirnya aku mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelayakan aku. Read the rest of this entry »
Kenangan 2009
Bulan ini adalah bulan terakhir bagi tahun 2009.Tahun ini banyak memberi aku pelbagai pengalaman kepada aku.Selepas aku graduate dari UiTM, bermakna aku melangkah ke alam pekerjaan.Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu memberi tempias kepada aku untuk mendapat kerja. Read the rest of this entry »
Benarkah kita ni malas sangat?
Vitamin M ni sudah lama ada dalam badan kita iaitu malas.Sebagai bekas pemimpin,Tun Dr Mahathir mengatakan orang melayu ini malas walaupun memang sukar kita untuk menerima hakikatnya.Malas dari pelbagai segi.Tun tahu kita benda ini kerana dia adalah pemimpin.Seorang pemimpin pasti tahu sikap orang yang dipimpinnya itu.
Ramai yang merungut kerana peluang kerja di Malaysia semakin sukar kerana kebanjiran oleh buruh asing.Aku ingin bertanya kepada anda,adakah anda sanggup bekerja membanting tulang di sektor pembinaan yang boleh memberi pendapatan satu hari sehingga RM80 dan lebih.Anda sanggup? Aku tahu ramai yang tidak sanggup kerana terlalu panas dimandikan cahaya matahari( ada orang tak suka mandi laut kerana takut kulit gelap). Kerja macam ni tidak dipandang kerana orang lebih suka kerja di dalam tempat yang berhawa dingin.Tak kisah gaji sedikit tak apa.Tapi kalau tak kisah kenapa kalau anda pergi ke stesen minyak, korang akan nampak tak semakin lama semakin ramai Bangla yang kerja disitu.

