RSS
 

Blog adalah cetusan dari minda

02 Nov

Photobucket

Sesuatu yang kita inginkan adalah bermula dari keinginan kita.Ianya adalah datang dari kepala kita iaitu minda.Kerana dari permikiran kita ianya akan membentuk perlakuan kita.Begitu juga dalam menulis blog.Apa yang kita tulis itu melambangkan tahap daya permikiran kita.Ianya menentukan kita berada didalam kategori mana.

Aku setuju jika blog ini adalah expresi daripada permikiran kita. Kita berkongsi kepada dunia apa yang kita fikirkan.Ianya mencorakkan cara kita berfikir.Jika kita hendak menulis sesuatu, kita akan berfikir bagaimana dengan isinya,tujuannya.Dari situ kita akan mencorakkan tulisan kita dan mengembangkan tahap dan mutu tulisan di blog.

Selalu yang aku lihat, kebanyakkan orang mempunyai tujuan yang tertentu mengikut minat dan kehendak masing-masing ketika menulis blog. Apapun ianya adalah dari niat masing-masing.Ada yang menulis kerana wang, ada yang menulis blog kerana hendak melepaskan rasa ketidakpuasan hati dan sebagainya. Oleh itu, kiranya blog ini bolehlah kita mengukur tahap pemikiran seseorang itu dan kecenderungan dia.

Ada yang menulis blog kerana emosi.Apa sahaja yang dibangkitkan adalah cetusan ketidakpuasan hati.Ada sahaja yang tidak kena ada sahaja yang dibelasahnya.Sepatutnya bagi aku sebuah blog yang berkualiti adalah sebuah blog yang boleh mencetuskan idea baru

Kadang-kadang aku pun confuse juga kerana dalam mencetuskan idea, kenapa perlu ada yang meluahkan emosi dengan ‘ban’ orang lain.Timbul pula makian dan cacian.Aku kadang-kadang meluat juga membaca blog-blog yang berunsur ini kerana ianya menjatuhkan mertabat dan juga bangsa.Kita ini adalah bangsa yang penuh dengan adab sopan.Itulah kalau emosi menguasai diri,yang baik jadi buruk dan yang buruk itu nampak baik.Ianya seperti membuka pekong di dada. Secara tidak sedar ianya melambangkan adab dan etika seseorang itu.

Dalam keghairahan menulis, aku cadangkan lebih baik ianya dipenuhi tulisan itu dengan tulisan ilmiah yang boleh membantu orang lain untuk berfikir.Bukankah ianya lagi baik, betul tak.Dengan memasukkan informasi didalam blog ianya dapat membantu orang lain.Kalau kita menguasai sesuatu bidang, alangkah baiknya ianya dikongsi kepada yang lain.Aku pernah dengar orang kata ilmu itu adalah untuk dikongsi-kongsi.tak boleh disimpan sahaja kerana lama-lama ianya akan hilang.Jika dikongsikan bersama ianya akan berkembang lagi dan anda akan dapat share disitu.

Apa pun lebih baik kita ubah niat kita menulis blog ini.Adakah kerana duit,agama bangsa dan negara.Itu terpulanglah kepada masing-masing.Apa yang penting jangan pula nanti kerana blog anda akan merosakkan orang lain dan memcetuskan huru hara.Haru biru nanti jadinya.

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Blog

 

Leave a Reply