RSS
 

Benarkah kita ni malas sangat?

05 Nov

Vitamin M ni sudah lama ada dalam badan kita iaitu malas.Sebagai bekas pemimpin,Tun Dr Mahathir mengatakan orang melayu ini malas walaupun memang sukar kita untuk menerima hakikatnya.Malas dari pelbagai segi.Tun tahu kita benda ini kerana dia adalah pemimpin.Seorang pemimpin pasti tahu sikap orang yang dipimpinnya itu.

Ramai yang merungut kerana peluang kerja di Malaysia semakin sukar kerana kebanjiran oleh buruh asing.Aku ingin bertanya kepada anda,adakah anda sanggup bekerja membanting tulang di sektor pembinaan yang boleh memberi pendapatan satu hari sehingga RM80 dan lebih.Anda sanggup? Aku tahu ramai yang tidak sanggup kerana terlalu panas dimandikan cahaya matahari( ada orang tak suka mandi laut kerana takut kulit gelap). Kerja macam ni tidak dipandang kerana orang lebih suka kerja di dalam tempat yang berhawa dingin.Tak kisah gaji sedikit tak apa.Tapi kalau tak kisah kenapa kalau anda pergi ke stesen minyak, korang akan nampak tak semakin lama semakin ramai Bangla yang kerja disitu.

Ramai yang hendak menjadi jutawan.Kalau kerja makan gaji boleh ke jadi jutawan? So kenalah berniaga.Berapa ramai pula yang sahut cabaran berniaga.Berapa ramai pula yang gagal.Kalau hendak berniaga kenalah ada ilmu yang penuh di dada.Kalau malas hendak mencari ilmu susah juga.Macam mana otak hendak berkembang.Malas membaca maknanya tiada ilmu yang baru.So masih ditakuk lama.Tiap-tiap hari anda ada baca surat khabar?

Disini kita lihat orang yang berada dikampung.Aku memilih orang kampung kerana orang kampung masih lagi mewarisi budaya-budaya orang melayu yang sebenar jika dibanding dengan orang dibandar walaupun semakin hari semakin terhakis.Di bandar budayanya sudah bertukar walaupun ada sifat-sifat malas ini masih ada.Kalau di bandar, mereka mempunyai pekerjaan yang bagus jika dibandingkan dikampung.Tetapi masih lagi bergelut untuk ke zon selesa.

Kalau dikampung, aku lihat terdapat ada juga yang malas.Ada yang isterinya yang bersusah-susah mencari kerja untuk membantu keluarga.Yang lelaki hanya duduk lepak-lepak dikedai kopi.Ya lah kalau bangun pagi pergi menoreh sampai pukul berapa sahaja tengah hari dan petang tiada kerja so melepas sahaja.Kalau yang rajin tu akan pergi mencari kerja-kerja sampingan mengambil upah seperti meracun dan sebagainya.

Apa pun semuanya bergantung dari pemikiran kita.Apa yang kita fikir itu lah yang keluar dari tindakan kita.Menukar pemikiran ini memang sukar kalau kita ni jenis orang yang tidak mahu menerima sesuatu yang baru.salah satu caranya adalah berfikir.Orang kata kalau banyak berfikir otak kita akan cair.Ada juga yang kata rambut kita cepat gugur.Tak apa kalau rambut gugur tapi kebaikan kemudian hari apa salahnya.Kalau ikut kata orang lain, apa-apa pun kita tak boleh buat.So berilah makanan kepada otak kita ni.Banyakkan ilmu, mungkin dari situ kita boleh berfikir macam mana hendak menukar mindset kita menjadi orang yang rajin.

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Aku

 

Leave a Reply