Bagaimana memulakan bisnes makanan tanpa modal yang tinggi?

Produk makanan merupakan produk yang mudah untuk dipasarkan.

Sebabnya setiap semua orang akan makan.. pagi, makan breakfast,makan tengah hari, makan petang dan malam.

Kebanyakkan orang tidak mempunyai masa. masing-masing ada komitment kerja. Dari awal pagi keluar bekerja dan balik rumah pada waktu lewat petang.

memasak kadang-kadang tak sempat nak buat. tak ada masa, selain itu letih..
Dari sini..nampak tak peluang bisnes makan adalah luas sekali..

Bak kata penulis buku JUTAWAN SENYAP, Dato Rusly, produk makanan adalah produk yang kalis daripada masalah ekonomi. Sepanjang masa sentiasa ada permintaan.

#Bidang bisnes yang sentiasa ada permintaan:-

1. Produk makanan
2. Produk pakaian
3. Produk kesihatan
4. Produk pendidikan.

Jika korang ingin memulakan bisnes, nasihat aku cari bisnes di dalam kategori di atas. Insyaallah pasti akan ada jualan.

#Bagaimana nak bermula? Sudah tentu kita mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan.

Di dapur kita, semuanya telah tersedia peralatan-peralatan seperti kuali, senduk, periuk, sudip dan lain-lain.

So manfaatkan apa yang ada..tak perlu buat loan bagai nak buka kedai. Tak perlu sebenarnya.Pakai sahaja apa yang ada dalam rumah kita….. Kalau korang ni suri rumah, benda ni selalu korang buat…

#Nak jual produk apa?

Tapi…sebelum memulakan bisnes, korang kena melakukan persedian…persedian apa? tentulah perlu mencari menu apa yang nak dijual…

Tak boleh main terjah jer..perlu buat kajian..kena tahu apa yang orang nak?

Macam mana tu? Tak tahu, tak apa aku akan explain….

Sebenarnya tak susah pun buat kajian..

Lihat apa masalah yang selalu dihadapi oleh orang sekeliling. Jika di Taman perumahan ramai orang yang bekerja keluar pagi, balik lewat petang. Korang boleh jual produk sarapan,makan petang.

Kalau mereka jenis kerja pejabat, korang boleh buat delivery untuk makan tengah hari..

Produk yang sesuai dijual dari rumah adalah PRODUK BAKERI seperti cupcake, muffin, cheese tart, coklat homemade, kek coklat, kek lapis, kek cheese, fruit tart, roti jala, kuih-muih dan pelbagai lagi.

#Beri dahulu sebelum menjual

Sebelum menjual, korang kena buat dulu RND ( research and develepment)….
Rnd penting supaya masakan korang tu betul-betul sedap. Dalam proses Rnd, masak dan beri kawan-kawan, sedara atau orang lain yang tidak dikenali. Beri mereka rasa dan tanya sedap atau tidak…

Kalau boleh ambil video komen-komen diorang.Sebab apa? Sebabnya video ini boleh digunakan untuk buat marketing nanti. Bahan marketing dah ada dah….

Kalau diorang komen yang tak sedap didengar, jangan sentap pulak. Ambil kritikan supaya korang boleh adjust masakan korang dan baiki sehingga jadi sedap.

Bila dah sedap..orang tak komplain, malah orang akan order lagi. Makanan yang sedap akan jadi buah mulut orang. Bila orang lain tahu, lagi best.. lagi banyak pelanggan akan order.

kalau dah yakin, boleh dah start berniaga…

#Jadikan bisnes sah dari sisi undang-undang Malaysia

Jika kita nak pergi jauh dalam bisnes masakan, pastikan kita melakukan bisnes yang betul dan mengikut undang-undang.

1. Datar syarikat di SSM. Hanya RM70 untuk daftar syarikat enterprise.
2. Kena buat pemeriksaan pegawai perubatan dan suntikan typhoid / TY2 untuk layak mengendali makanan.
3. Kena menghadiri kursus pengendalian makanan (KPM) yang diiktiraf oleh Majlis.

Kenapa perlu buat ketiga-tiga ini?

mudah sahaja, supaya kualiti makanan terjaga dan pengendalian makanan adalah bersih dan selamat di makan..Selain itu, untuk pastikan tidak di saman apabila pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan.

 #Jual produk on demand sahaja. Bila orang order baru buat.

Jual produk makanan dari rumah tak perlukan modal yang besar. Kita buat bila ada tempahan.

Kita beli bahan bila ada tempahan daripada pelanggan. So sesuailah untuk suri rumah sepenuh masa buat bisnes makanan ni…Sambil jaga anak, boleh buat bisnes..Untung-untung boleh bantu keluarga.

#5 Cara marketing untuk bisnes makanan.

Proses marketing boleh dilakukan menggunakan media social yang percuma.

1. Group whatsapp– boleh join group whatsapp komuniti tempatan. Beritahu mereka mengenai bisnes dijalankan.
2. Group telegram- Sama juga cara seperti group whatsApp.
3. Promote di facebook profile dan Group facebook setempat.
4. Hebahan dari mulut ke mulut. Ringankan mulut untuk beritahu jiran-jiran yang korang buat bisnes makanan.
5. Flyers. Jika korang ada duit lebih, buat flyer dan berikan kepada jiran-jiran, kawasan terdekat tentang kewujudan bisnes korang.

Semua ini perlu dilakukan secara konsisten setiap hari sehingga korang dapat tempahan daripada pelanggan korang.

Sekarang, aku anggap korang dah dapat serba sedikit gambaran bagaimana untuk memulakan bisnes makanan tanpa modal yang tinggi. Tak susah pun, yang pentingnya adalah tindakan. Insyaallah boleh berjaya.

Sharing is caring!

Leave a Comment

shares
error: Content is protected !!