Tahun baru 2010 aku akan dihantar ke Jabor Mill, Pahang selama 2 bulan.Untuk pengetahuan semua, aku sekarang dalam training dengan Sime Darby Plantation selama 9 Bulan (Macam perempuan mengandung da!!! hehe).Setelah sekian lama menganggur, akhirnya aku mendapat kerja yang bersesuaian dengan kelayakan aku.
Dengar kata, keadaan di Mill adalah berbeza.Banyak tekanan, masalah pekerja,jauh dari bandar, manager dan sebagainya.Aku fikir yang positif sahaja.Ini adalah permulaan bagi aku untuk membina kereer aku.Apa pun, Mill yang jauh ke pendalaman, korang rasa ada internet tak? hehe harap-harap gitulah.Aku akan berusaha blog aku ini sentiasa diupdatekan.
Setiap kilang kelapa sawit mempunyai ragam yang tersendiri.Lain padang, lain bebalangnya.Peringkat awal ini aku kena buktikan aku ini boleh memberi komitment kepada kerja aku sekarang.Mendapatkan steam Certificate dan kemudian melangkah lebih jauh lagi.Aku masih teringat kawan aku yang sudah bekerja awal dari aku, semasa kerja kena praktikkan slogan ini ‘banyak bertanya , banyak mengambil tahu’. Keadaan di Mill, sebagai Assistant, kita kena tahu semua pasal kilang, dari process,management,workers dan semuanya tentang hal-hal kilang.Tapi yang penting, assistant yang bagus adalah assistant yang boleh membuatkan kerja managernya senang.
Apapun,ini adalah permulaan cabaran dalam hidup aku.Aku baru 25 tahun(tahun depan 26 tahun) aku punyai masa lagi untuk mencapai impian aku.Dengan plan yang mantap, berada di landasan yang betul,Insyaallah aku akan dapat apa yang aku impikan begitu juga dengan kalian.

