RSS
 

Apa yang aku lakukan untuk berjaya?

22 Jan

Dahulu kala

Apa yang aku tempuhi selama ini adalah lahir daripada kepercayaan aku sendiri.Otak aku berfikir dan membayangkan apa yang aku inginkan dalam hidup aku.Sejak dari kecil aku kuat berangan.Kadang-kadang ianya melalut tanpa arah.Kemudian aku sedar kembali, hidup aku hanya dilingkungan itu saya.Minda aku dihantui apa yang aku angankan.Aku tidak pernah berusaha untuk mendapatkan apa yang aku angankan.Maka tiada perubah dalam hidup aku.

Dahulu, sikap malu betul-betul menebal dalam diri aku.Dengan kawan-kawan lelaki okey sahaja tetapi dengan perempuan aku malu.Sedikit pun aku tidak menegur mereka.Pada masa itu aku percaya pada masa itu jika bersama mereka dianggap jiwang.

Aku akui itu silap.Sepatutnya aku menganggap mereka adalah kawan sahaja.Semasa aku melangkah ke Universiti aku mengubah cara aku berfikir.Walaupun ada sedikit perubahan tetapi sikap malu itu masih ada tetapi aku gagahi juga.Mungkin aku bukan jenis yang peramah.

Perkara yang perlu ada

Sekarang aku percaya,apa yang ada dalam minda ini adalah pencetus kepada tindakan kita.Apa yang kita fikirkan dalam minda kita, benda itu yang lahir dalam bentuk tindakan.Benda yang selalu bermain di minda aku dahulu menghalang aku daripada bertindak lebih jauh.Ianya menjadikan aku hilang fokus dan sentiasa berada pada takuk yang sama.

Aku berfikir sejenak,bagaimana untuk aku mengubahkan diri aku? Aku tidak boleh menunding kepada orang lain kerana semuanya adalah apa yang kita mahukan.Untuk mengubah keadaan adalah bermula dengan diri sendiri.

Apa yang harus aku lakukan adalah:

1.mengawal minda dengan memikirkan perkara-perkara yang aku inginkan.Jangan biar minda menguasai aku.Aku seharusnya mengawal minda sendiri.

2.Keinginan selalunya adalah perkara yang pertama sekali yang akan terbentuk diminda.Dari situ aku membayangkan apa yang aku fikirkan.Maka dengan ini, aku seharusnya membakar keinginan itu supaya ia membantu aku mendapatkan apa yang aku hendak.

3.Kepercayaan adalah bentuk keyakinan yang perlu ada dalam diri aku.Seharusnya aku percaya apa yang aku inginkan,aku akan dapat.

4.Melihat kejayaan orang lain sebagai pendorong kepada aku.Kebanyakkan orang yang berjaya kerana meniru orang-orang berjaya.Dengan melatih diri melakukan tindakan seperti mereka,aku percaya sedikit demi sedikit keadaan akan berubah kepada lebih baik.

5.Menampakkan perkara yang aku inginkan dalam minda.Secara tidak langsung ianya mendorong apa yang aku inginkan menjadi kenyataan.

Apa yang sedang aku lakukan sekarang?

Untuk berjaya, apa yang aku selalu lakukan adalah menetapkan matlamat dan masa untuk mencapaikannya.Aku setkan dalam minda aku apa yang aku inginkan.Dari situ aku akan rancang plan tindakannya.Kadang-kadang aku menulis matlamat aku supaya aku lebih jelas dan fokus.

Memang untuk mendapatkan sesuatu perkara itu susah sehingga membuatkan aku give up.Tetapi ianya adalah mainan minda yang tidak yakin dan percaya kemampuan diri.Bila aku berada didalam situasi ini,aku akan merubah cara aku berfikir.Aku akan bayangkan kembali apa yang aku hendak dan kemudian aku akan berkata sendirian perkataan-perkataan yang positif seperti:-

1.Aku seorang yang tidak kenal putus asa

2.Aku seorang yang berjiwa besar

3.Aku seorang yang banyak idea

4.Aku seorang yang sentiasa positif

5.Aku seorang yang berjaya

6Aku seorang yang tidak pernah kalah

7.Aku seorang yang sentiasa berada dihadapan

8.Aku seorang yang tidak gentar

9.Aku seorang yang kuat berusaha

Dengan cara ini ia boleh meningkatkan kembali semangat aku untuk berjuang dan sentiasa konsisten dengan matlamat aku.

Banyak lagi impian aku yang masih belum tercapai.Masa memainkan peranan menentukan cepat atau lambat keinginan yang ingin aku capai.Kejayaannya masih belum nampak dalam bentuk yang nyata tetapi aku sudah merasainya di dalam minda aku.

Aku harap apa yang aku kongsikan ini boleh membantu anda mencapai apa yang anda impikan.Semuanya bergantung kepada keyakinan diri sendiri.Ingatlah apabila satu-persatu keinginan kita menjadi kenyataan,tahap keyakinan dan kepercayaan kita pasti akan berubah kerana ianya menjadi bukti apa yang kita inginkan menjadi kenyataan.

Sebelum aku menutup entri kali ini,aku sudahi dengan sepotong ayat dari Al-Quran Surah Ar-R’ad ayat ke 11:-

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

-Amin-

  • Share/Bookmark
 
No Comments

Posted in Motivasi

 

Leave a Reply