RSS
 

Anda adalah apa yang anda fikirkan

25 Dec

Pehh!!  Aku terasa seperti ajaib apabila mendengar ayat ini. “Aku adalah apa yang aku fikirkan” (dengan menukar perkataan anda pada tajuk diatas dengan perkataan aku. Kenapa ajaib? Sebenarnya, semasa aku sedang study Diploma dahulu, aku pernah terlintas di kepala otak aku ni,aku menyedari perlakuan setiap orang adalah lahir daripada kepala otak yang berfikir.

Aku dahulu suka jugak membuat pemerhatian tentang perlakuan kawan-kawan aku.Memang,kalau kita hendak mengenali cara orang itu berfikir, tengoklah dari segi perlakuannya.Ini kerana setiap tidakan kita adalah hasil dari pemikiran kita.

Ianya adalah pandangan pertama jika kita hendak menilai seseorang.

Aku boleh katakan, ayat tajuk entri ini baru sahaja aku dengar setelah aku membaca buku “Rahsia minda jutawan” hasil tulisan Amar Mahmood.Banyak yang aku belajar mengenai kuasa minda ini.Aku tidak mahu mengulas mengenai buku ini kerana lebih baik korang semua membacanya sendiri.

Untuk perkara yang besar seperti apabila kita mahu sesuatu,kita bermula dengan membayangkan di dalam kepala kita apa yang kita mahukan.Kemudian kita melahirkannya secara fizikal.Ianya seperti idea yang hadir secara tiba-tiba,seterusnya kita akan berusaha untuk memastikan ianya wujud secara fizikal.

Selalunya orang yang selalu berfikir, segala tindak tanduknya memberi faedah kepada empunya diri.Ini kerana mereka akan berfikir terlebih dahulu sesuatu sebelum bertindak.Maka kesannya, mereka pasti akan mendapat apa yang mereka fikirkan dan ianya terlahir dalam bentuk fizikal.

Minda adalah suatu yang anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Jika ianya digunakan sepenuhnya,hasilnya betul-betul ajaib.Disini kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang kita dapat.

  • Share/Bookmark
 
2 Comments

Posted in Motivasi

 

Leave a Reply

 
 
  1. mesinduit

    January 31, 2010 at 1:01 pm

    Artikel yang menarik…..

     
  2. Faizul@Ajoi

    February 1, 2010 at 4:48 am

    Terima kasih bebanyak…