Okay, entri ini aku hendak mengulas mengenai kebiadaban kesungguhan aku berkarya menulis cerpen dan novel.Sesungguhnya aku memang sudah lama menulis sejak dari tadika lagi tapi sebagai penulis novel dan cerpen ni bermula semasa last semester diploma kat Penang dulu. Masa tu, seingat aku mula menulis cerpen-cerpen biasa jer.Cerita pun biasa je.Tapi okaylah bagi seorang pelajar yang study subjek engineering boleh menulis cerpen.
kemudian, masa degree plak aku tergerak hati nak tulis novel.Pada hal memang dari dulu pun aku fikir kan best kalau aku tulis novel. So terhasillah novel tanpa edit sangat pun.Banyak pulak typing error iaitu “Cinta Aishah“.Dah hampir setahun novel tu.Aku panggil dia mini novel sebab memang bentuk dia mini pun.Sebab nak cepat siapkan cerita tu so aku buat je la.Kalau korang type “cinta aishah” kat google tu ada la novel aku tu. Bolehlah korang download. Aku bagi free je.Aku tak tahu berapa statistik yang mendownloadnya tapi aku kira ramai la yang download.Benda free kan hehe.
Sejak akhir-akhir ni,oleh kerana ketidakaktifan aku untuk bekerja,maka aku telah mengaktifkan semula minat aku untuk menulis.Kali ini aku nak wat novel ‘On the spot” .Suka hati aku je nak tulis novel tu.Tajuk novel tu adalah “Dalam Hati Ada Rindu”.So aku pahatkannya di blog khas untuk aku berkarya.Tujuannya adalah untuk mengasah bakat terpendam aku dalam bidang menulis ni.Bila ada masa free aku tulis la.Mungkin suatu hari nanti aku jadi Sasteraan negara,siapa tahu kan.Korang boleh pergi ke www.mohdfaizul.com/karyaku .Disini aku galakkan korang supaya menulis komen,pendapat ke atau bantu aku bagi idea untuk menyambung cerita tu jadi menarik.
Baru-baru ni pulak aku ada menulis sebuah cerpen yang berjudul “wanginya bunga kantan” .Secara sengaja aku hantar ke penulisan2u.net.Maka tersiarlah cerpen tu.So korang boleh la baca kat sana.Bagilah komen yang membunuh membina untuk memberi semangat aku untuk menulis.

Okay diatas adalah antara komen-komen yang aku dapat. Terima kasih aku ucapkan.Ada yang tidak percaya yang aku,seorang lelaki boleh menulis.Huhu siap ada orang yang panggil aku jantan.Aku tidak kisah.Selalunya orang kata yang selalu minat membaca novel dan cerpen ni orang perempuan.So mereka pelik bila kalau orang lelaki menulis novel dan cerpen.Tapi yang bayak dapat anugerah sasterawan negara itu adalah lelaki.Mungkin wan tu untuk lelaki tapi korang ada dengar tak anugerah sasterawati negara?
Apa pun sekarang aku nak teruskan menulis.Nak tulis blog, nak tulis cerpen dan novel walaupun aku akui yang diriku ini adalah pemalas orangnya.Sekian untuk post kali ini.


Khairi
November 12, 2009 at 11:32 pm
Boleh try tengok novel saya pula
Selamat menulis ya!
admin
November 22, 2009 at 6:14 am
Boleh aje bro..kalau ada masa boleh saya baca nanti