#001 Blogging Tips : Cara memilih nama domain yang betul

DOMAIN adalah alamat url untuk sesebuah website atau blog.

Macam blog ini, url adalah http://www.mohdfaizul.com.

Sebelum membina website atau blog, kita perlu carikan url yang sesuai untuk website atau blog yang dihasilkan.

Perkara yang perlu ada dalam menentukan domain blog

1. url yang ringkas.Tak perlu domain yang panjang-panjang. Just ringkaskan ajer. Kebanyakkan domain-domain yang mempunyai ranking yang tinggi menggunakan perkataan yang ringkas dan mudah diingati. Contoh >> mudah.my

Contoh domain ringkas > Kopipedas.com
Contoh domain panjang> kopipedassampaiberasap.com

2. Domain yang mudah dieja. Kadang-kadang domain yang complicated untuk dibaca, menyusahkan orang untuk menaip di enjine carian.

Oleh itu, cari domain yang senang nak eja.

Contoh domain yang mudah dieja > bacasaya.com
Contoh domain yang susah nak dieja > encyclopediachocomalt.com.

Paling sesuai 1 perkataan atau 2 perkataan. Senang nak baca dan eja…kan…

3. mudah diingati. Sekali orang baca terus melekat di kepala.
Contoh > jiwakacau.com

4. Pastikan domain yang mesra enjin carian. Perlu ada keyword yang selalu orang cari. Supaya domain tersebut berada di ranking enjin carian.

5. Domain untuk tujuan branding. Pilih domain yang sesuai dengan branding produk korang. Contoh >> kopipedas.com

Bagaimana cara untuk memilih domain yang sesuai?

1. Tentukan niche yang korang pilih. Kemudian cari keyword yang sesuai untuk menggambarkan produk korang.

2. Buat kajian keyword yang selalu orang cari di enjin carian. Bila ramai orang cari dari keyword tersebut, lagi mudah domain tersebut berada di ranking pertama di enjin carian.

Boleh guna tool google keyword planner

3. Jadikan keyword tersebut sebagai url..pastikan keyword tersebut ringkas..

4. Pilih domain extension yang sesuai..domain extension seperti .com , .net, . org.Pilihan ini adalah untuk fokus market global. Tapi. untuk pilihan negara seperti malaysia adalah .my atau .com.my boleh digunakan jika korang fokus kepada negara Malaysia.

Sharing is caring!

Leave a Comment

shares
error: Content is protected !!